Cara-cara untuk menakutkan hantu dan jembalang.
Kisah Seram adalah kisah yang paling dikatakan berjaya untuk meremangkan bulu roma sesetengah individu lebih - lebih lagi jenis yang penakut seperti aku. Aku sendiri pernah mengalami kisah - kisah seram sendiri iaitu
semasa aku sedang tidur, kain selimut aku ditarik dan yang paling menakutkan aku bermimpi, aku didatangi oleh seseorang yang berjubah putih, mengatakan aku akan mati dikelar tengkuk... Walaupun peristiwa ini sudah lama berlaku, aaku masih ingat sampai sekarang.
Walaupun, aku tidak pernah mengalami sendiri kejadian pelik dalam keadaan sedar, ttp aku memahami macam mana benda ini boleh menganggu manusia
Sejak dari kecil lagi ramai diantara kita sudah biasa dimomok dan disajikan pelbagai kisah - kisah hantu seperti Hantu tetek yang dikatakan menyembunyikan kanak - kanak yang leka bermain dicelah teteknya , Hantu Pontianak , Hantu Pocong , Hantu Penanggal serta banyak lagi jenis hantu .
Aku ada beberapa Tips yang berguna sekiranya anda tersempak dengan Hantu Pontianak dan ternyata berhasil :
1. Jika anda mendengar bunyi ketawa di tengah - tengah hutan atau sungai balas balik dan katakan kepadanya dengan nada yang sopan seperti " janganlah ketawa , abang takut" atau "kalau yer pun nak takle abang - abang sini , janganlah bagi signal ketawa teknik dah lapuk".
2. Jika "dia" menonjolkan dirinya dalam jarak 50meter katakan kepadanya " tak segan ke cik adik, ni semua abang - abang , adik seorang je perempuan " hah nescaya dia akan hilang .
3. Kalau anda merasakan ada sesuatu seperti berterbangan di atas kepala anda dan diyakini adalah Pontianak , katakan kepadanya tanpa menoleh ke atas "ooo nak sekodeng abang buang air besar nyerr " masa tu anda terus berpura - pura seperti buang air besar , memang sah dia akan blah dari situ .
4. Bila anda berada di hutan tertiba mencium bau bauan yang wangi nescaya mesti ada sesuatu dan bila dalam keadaan seperti itu anda terus mengejek dengan mengatakan " eleh dah lah pakai minyak wangi tiruan , murah pula tu " dan nescaya bau tersebut akan hilang.
5. Dan yang terakhir sekali , kalau "pontianak" dekat sangat dengan anda atau boleh dikira sebelah anda (tips berguna untuk lelaki) cuba peluk dan raba badan dia sambil tu sediakan paku dalam poket , atau cuba cabul kehormatan Pontianak itu , nah! pasti pontianak akan lari dan menangis .
haha ~
BalasPadamcam sengal jee :DD
kok nggk jls bngt sih nulisnya yg bnr donk
BalasPadam