Cerpen | Langit Tidak Selalunya Mendung

Jun 23, 2011


"Langit Tidak Selalunya Mendung"..

         Pada suatu hari....burung2 berkicauan..ada yg menyanyi..ada juga yg menari.. terbang menghinggapi, dahan Pohon Rambutan di tepi rumah aku....

        Tiba2 kedengaran suara kecil menangis teresak2..diiringi suara ejekan dari kanak2 lelaki..
"heeeee...eeee....atu...oyat..ko..mek atu....".suara yg tidak jelas bunyinya..disebabkan sebutannya yg bertaburan.. Disebabkan itu..semakin kuat ejekan yg diterima budak perempuan itu....

        Wani(bukan nama sebenar)..merupakan seorang kanak2 yg berbeza daripada kanak-kanak lain..Perbezaan fizikal.. banyak mempengaruhi hidup dirinya.. sebagai kanak2 wanita..emosinya.. mudah sahaja terusik.. oleh perbuatan rakan2 sebayanya.. Disebabkan selalu diejek oleh kanak2 yg lain..membuatkan dirinya amat membenci rakan2nya..Dilahirkan dalam keluarga yg miskin.. membuatkannya lebih merasa terhina dengan hidup ini..

        Ketika Wani mulai bersekolah, rakan-rakan sekelasnya selalu mengejeknya , Wani semakin faham dan mengetahui...apa yg membezakan dirinya dengan kanak2 yang lain... Wani dilahirkan dengan cacat fizikal. Langit-langit mulutnya  terbelah....Ya, Wani adalah seorang gadis kecil dengan bibir sumbing, hidung bengkok, gigi yang tak rata.... Bila berbicara suaranya sumbang, sengau dan kacau. Bahkan aku sendiri tidak dapat nak memahami apa yg diucapkannya..

       Jika Wani minum menggunakan straw.., air akan mengalir begitu saja melalui  hidungnya... Bila ada teman sekolahnya bertanya, “Kenapa dengan bibir mu?” Dia akan  katakan bahawa ketika dia bayi.. dia terjatuh dan terkena parang ayahnya, membuatkan bibirnya.. terbelah ..

        Wani lebih suka menggunakan  alasan ini daripada mengatakan bahawa dia  cacat semenjak lahir. Saat berusia tujuh tahun dia yakin tidak ada orang selain keluarganya yang menyayangi dirinya... Bahkan tidak ada orang lain yang menyayanginya..

         Saat itu aku naik ke kelas dua dan bertemu dengan Wani. Aku tak tahu apa nama penuhnya. Aku hanya memanggilnya Wani. Melihat dirinya..aku berasa sangat jijik padanya..aku selalu mengejeknya..membuatkan dirinya sentiasa menangis dengan usikan aku.. Tetapi tak ada orang yang menyintainya lebih daripada aku. Dan aku punya alasan tersendiri untuk itu...

Pada suatu ketika.. cikgu kami.. melakukan test kemampuan pendengaran; iaitu mendengar kata2 yang dibisikkan dengan satu telinga dan satu telinga lagi ditutup... Terus terang aku katakan..sulit baginya  untuk mendengar suara-suara dengan satu telinga. Tidak ada orang yang tahu akan cacatnya yang satu ini. Aku tahu.. Wani  tak mahu gagal dalam test ini.. kerana dia takut..dia akan menjadi satu-satunya anak dengan segala cacat di sekujur tubuhnya...Kelihatan..dia mula gelisah..Aku yg berada di belakangnya, selalu memerhatikan tingkah lakunya..Aku cuma diam membisu waktu itu..

Maka wani mula mencari akal untuk menyusun rancangannya. Dia cuma memerhatikan setiap murid yang ditest. Test tersebut sudah bermula.. setiap murid diminta keluar ke depan kelas, membalikkan tubuh, menutup satu telinganya dengan jari, kemudian  cikgu akan membisikkan sesuatu dari mejanya tulisnya. Lalu murid diminta untuk mengulangi perkataan cikgu tersebut. Hal yang sama dilakukan pada telinga yang satu lagi.. . Wani mula menyedari ternyata tak ada seorang pun yang mengawasi apakah telinga itu ditutup dengan rapat atau tidak. 

"Zul Fattah."..nama aku dipanggil..aku merapati meja cikgu..dan aku menutup telinga sebelah kanan aku..cikgu mula membisikkan kata2 "langit tidak selalu mendung"..aku dengar la.. begitu juga sebaliknya dengan telinga kanan aku..Ujian itu aku lulus..

Disebabkan aku tahu apa yang cikgu ucapkan pada aku..aku beritahu kepada Wani....Walaupun Wani tidak mengendahkan aku..aku mula mendekatinya.. dan aku membisikkan ditelinganya.."Langit tidak selalunya  mendung"..Erm..Wani terpaku seketika... tubuhnya yg terketar-ketar itu,..kaku buat seketika....Lalu aku kembali ketempat duduk ku..Aku tahu Wani dengar apa yang aku ucapkan..

Akal Wani sedang ligat berfikir..Maka dia mengambil keputusan untuk tidak menutup telinganya  dengan ketat..Lagi pun dia sudah tahu..apa yg cikgu ucapkan.."langit tidak selalunya mendung" dan "langit itu biru"..mengikut apa yg diperkatakan oleh rakan-rakan sekelas yg laian..perasaan nya yg berdebar2 itu sudah hilang...dia semakin tenang.. Kelihatan dia menarik nafas panjang  dan menghembus dengan perlahan-lahan...

Kini tiba pada giliran terakhir, giliran Wani... Wani berjalan ke depan kelas, membalikkan tubuh lalu menutup telinganya yang cacat itu dengan kuat tetapi kemudian perlahan-lahan merenggangkannya sehingga dia boleh  mendengar kata-kata yang dibisikkan oleh cikgu.

        Wani  menunggu dengan berdebar-debar kata-kata  yang akan dibisikkan oleh Cikgu Suhaila. Dan Cikgu Suhaila, Cikgu yang cantik dan selau berbau harum, Cikgu Suhaila yang Wani cintai itu, membisikkan tujuh buah kata yang telah mengubah hidupnya selamanya... Cikgu berbisik dengan nada yg  lembut, “Mahukah kau jadi puteriku, wahai gadis manis?” Tanpa sedar Wani membalikkan tubuhnya, dan berlari, memeluk Cikgu Suhaila erat-erat, dan membiarkan seluruh air matanya tumpah di bahu Cikgu Suhaila.....

         Semua murid terpaku seketika..Sampaikan aku sendiri, berasa basah dipipi aku.. ternyata..itu air mata jernih yg membasahi pipi aku.. aku berasa sangat gembira ketika itu.. Ternyata.. Cikgu Suhaila sanggup mengambil Wani menjadi anak angkatnya....Itulah kali pertama aku lihat Wani gembira semenjak pertama kali aku mengenali dirinya..

Besambung....

Nantikan sambungannya..minggu hadapan.. (jikalau cerpen ini mendapat sambutan la..)
sebab..ini kali pertama aku tulis cerpen.. huhu.. harap korang sudi baca dan comment la yg mana kurang dengan cerpen ini..
ok.. peace yo..

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum,,,
    nice cerpen...keep it up! =)

    BalasPadam
  2. cian kat wan....

    best2...teruskan... :)

    BalasPadam
  3. Nak sambungan, nak tahu ending wani, best la fattah.. :D

    tp kesian kat wani..

    BalasPadam
  4. Haha.. tima kasih semua.. 4 the support..
    ending dia..hehe..tunggu dulu..OTW nak buat nie..susah woo nk tulis cerpen..ni first time tulis..

    BalasPadam
  5. teruskan usaha anda! saya minat menulis dan saya nak galakkan semua orang menulis :) teruskan tau!

    BalasPadam
  6. hey.. nice cerpen.. love to know what happen to wani in next episode..keep it up..
    ;)

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.