Dialek Negeri di Malaysia

Jun 11, 2011
aku guna dialek klantan.. bila bcakap dengan member klantan

Contoh penggunaan dialek dalam masyarakat di negara ini:

Terengganu:

A: Mu duk wak mnde? Nk gi dok? (Awak sedang buat apa? Nak pergi ke tidak?)

B: Dok jd ah. Aku ade kije plok...mla ah) (Tak jadilah. Aku ada kerja pula... nantilah kemudian)

Sarawak:

A: Ade uma sik ptg tok?, Kmk mau datang (Ada di rumahkah petang ni? Saya mahu datang.)

B: Kmk si de uma, gago embk sdr jln2. (Saya tidak ada di rumah. Sibuk bawa saudara jalan-jalan)

Pulau Pinang:

A: Tdoq ka? Jom pi pkena ns kndaq? (Tidurkah? Mari makan nasi kandar?)

B: Dak aih, dok ralek tgk TV ja ni. Jom la (Tidaklah, sedang asyik tengok TV saja ni. Marilah.)

Negeri Sembilan

A: Ekau nak poi mano paneh2 ni? (Awak nak pergi mana waktu cuaca panas ini?)

B: Eden nak poi kodai kjp (Saya nak pergi kedai sekejap)

Kelantan

A: Jange dok geger gak (Jangan bisinglah)

B: Oyat ko K Ros etek (Beritahu kepada Kakak Ros juga)

Ha.. Sekarang ni.. duk heboh pasal.. pelajar guna bahasa dialek negeri masing2.. arghh.. aku rasa biasa r tu.. 
Sebab, aku pun dulu, kadag2 tibai juga dlam dialek klate, time aku tulis karangan..sebab aku tak tahu maksud perkataan itu dalam bahasa baku.. Tapi bila dah masuk U, sudah kenal member dari pelbagai pelosok malaysia..
Aku dah boleh guna bahasa luar..dan aku pun dah tahu cara dan masa yg sesuai utk menggunakan bahasa ini..
Aku rasa, itu ini, tak perlu dirisaukan.. ini semua asam gara dalam pembelajaran.. apa yg perlu ditekankan, penguasaan gaya bahasa, dan kesopanan dlam berbahasa..
Pasal assigment.. yg menggunakan dialek negeri.. aku rasa, tak r.. bagi aku.. sebab.. microsoft office work kan boleh kenal kesalahan kita... so nk susah apa nya.. nk seribu daya.. tak nak seribu dalih..
orang kata, masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek...

3 ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.