Jangan Mengeluh..
Sebagai manusia, wajarlah jika sesekali kita mengeluh dengan keadaan yang tidak sesuai dengan keinginan kita.... Tetapi, tidak molek rasanya jika setiap kali kita menghadapi masalah..kita mesti nk mengeluh..
Mengeluh sepertinya sudah menjadi “tren”.... Contohnya saja dengan adanya jejaring sosial (FB) yang membolehkan kita share apapun yang kita alami. Ini secara tidak langsung dapat menjadi tempat utk kita melepaskan perasaan... Pentingkah menceritakan semua yang menimpa kita kepada semua orang?
Adakah dengan menceritakan semuanya dapat menghilangkan masalah itu? Tentu tidak kan..!!!.
Memang, mengeluh itu untuk menyelesaikan masalah kita. Yang terjadi ketika kita mengeluh, apakah kita berpikir untuk menemukan jalan keluar dari masalah tersebut..? Kebanyakan kita tidak berpikir jauh seperti itu. Secara tersirat, tujuannya hanya ingin orang mendengarkan keluhan kita...
Sebenarnya, dengan atau tanpa mengeluh hidup tetaplah hidup. Yang harus dijalani walaupun penat.., yang harus dihadapi walaupun berat..., yang harus diakui walaupun rumit. Dengan terlihatnya, kelemahan kita.. ianya mejadi stu yg negatif..
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut...
ok.. huraian hadis ini.. adalah..
1. Masalah atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan hidup ini... Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah...
2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya..., orang munafiq yang sentiasa membencinya...., orang kafir yang sentiasa memeranginya..., syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.... Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (al-Insyirah:6)
5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
hadis rujuk sini...

Jadi wajarkah kita mengeluh..?
nice entry..
BalasPadamjmput singgah belog fyna.
ade segmen.
:)