Damai Yang Hilang .. Macam nama lagu la Pulak..
Seperti biasa, kata-kata tokoh utk minggu ini ialah, aku ambil dari kata-kata Eistein. Beliau pernah menyebut
"Kedamaian tidak dapat dijaga dengan kekuatan. Ianya hanya dapat diraih dengan Pengertian."
Ermm...mengikut apa yg aku fahami disini, ialah kedamaian iaitu suatu suasana tenang, aman, dan manusia hidup dengan saling bertolak ansur. Susah untuk kita mencari kedamaian dalam hidup, seringkali aku sediri juga mengalami masalah, semakin jauh aku berjalan dalam meneruskan hidup, semakin banyak cabaran dan masalah yg aku alami, namun masalah akan selesai apabila aku kembali kepada Nya.. iaitu Allah yg satu..
Tapi disini, bukan kedamaian hati yg aku mahu bahaskan, kedamaian dalam kehidupan sesama manusia lain yg menjadi persoalan aku sekarang ini. Sejauh manakah masyarakat kita sekarang ini, hidup dalam bersatu padu, tak ada pergaduhan?
Aku rasa la.. tak..!!! tak!! kedamaian itu semakin terhakis..tak percaya?? cuba korang tengok berita sekarang ini, macam2 jenayah yg berlaku, sebut jew, kes apa? Rogol? Bunuh? Bergaduh? Buang Anak? ala...itu sudah menjadi rutin sekarang ini..sudah biasa, sehinggakan masyarakt sudah lali dengan jenyah ini..
Jadi di mana kedamaiannya?
Sekrang ini, Polis ada.. kawalan ada.. tapi kenapa masih juga berlaku jenayah ini..Cuba korang fikirkan??
semua masalah ini, dapat diselesaikan jikalau kita kembali kepada Pencipta masalah tersebut..
Seperti gumpalan tali, kita kena cari hujungnya dahulu, baru tali itu tidak bergumpal..
Asas agama itu amat penting dalam kehidupan..dengan adanya asas dan ilmu agama, sesorang itu akan faham dan mengerti apa yg diperjuangkan dalam hidupnya,
Adakah dia hidup hanya untuk dunia atau akhirat?
Pengertian dan kefahaman tentang konsep ketuhanan mampu di bentuk, pada usia muda lagi,
Seharusnya semua pihak perlu berganding bahu dalam mencari kedamaian hidup, bukanlah saling menunding jari antara satu sama lain..tapi itu lah manusia...
p/s: sekadar kefahaman aku dan aku pun masih kekurangan asas agama.. aku masih belajar tentang agama..
orite... done follow u too.. :))
BalasPadam