A Gift To My Children

Julai 18, 2011

Semasa aku pergi ke Damansara, melawat atok sedara aku yg sakit jantung. Aku tinggal la, di rumah tok sedara aku tu..Sebelum aku nk balik, dia ada hadiahkan satu buku pada aku.. ha..
"A Gift To My Children" tajuk buku tersebut.. Yg best pasal buku ini, siap ada dengan tanda tangan dari Jim Rogers sendiri.. haha..baru nmpak pro cikit...hehe

Setelah aku baca, dan aku fahami, memang best r buku ni..buku ini,di tulis oleh Jim Rogers, dia tulis dalam bahasa om putih... aku baca setakat yg aku faham la.. mengikut apa yg aku tahu, Jim Rogers ini, ialah seorang lelaki lulusan University Oxford, dia suka mengembara di seluruh dunia, melalui pengalamannya itulah, dia menghasilkan buku..

Ini, kali pertama aku baca buku tulisan beliau, dan aku sukakanya. buku ini menceritakan,pengalaman hidupnya, dalam menjadi seorang manusia.. tunjuk ajar yg diberi oleh bapanya, menjadi panduan dalam mendidik anaknya sendiri.. Banyak nasihat yg diberi utk anak-anaknya, 

Antaranya ialah : 
Percaya pada pegangan hidup kita sendiri..
Tumpukan pada yg kita minat sahaja
Sentiasa konsisten dalam melakukan sesuatu
dan lihat dunia..

Jim Rogers sindiri pun, belajar dari apa yg beliau lihat dengan mata beliau sendiri.. Itulah pengalaman hidup, dan aku harap suatu hari nanti, apabila aku menjadi seorang bapa, aku pun didik anak aku supaya kenal apa itu dunia.. 
hehe..Cubala baca buku ini, memang best r..sesuai utk anak2 dan para ibu bapa...kalau korang nk beli buku ini..
search at www.jimrogers.com

2 ulasan:

  1. tula..kite kena konsisten dgn ape yg kita buat..

    BalasPadam
  2. pengalaman itu 100 kali ganda lebih bagus dari teori
    sbab itu pentingnya pengalaman
    dan percaya dan tumpukan pada apa yg kita minat dan suka :-)

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.