Bila hati gelisah.. Itu tandanya Hidayah korang nak sampai la..

Ogos 23, 2011

Sebenarnya, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri korang, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka masa tu “hidayat” terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat korang jadi gelisah.., menang kalah, pilihan korang yang menentukan dengan izin Allah..

Masa tu korang akan keliru, hati start resah gelisah, dan mula rasa serba tak kena dan macam susah hati sangat, susah hati tanpa sebab, dan kebimbangan demi kebimbangan pada benda yang tak pasti dan sering menggambarkannya dengan imej yang buruk..

Padahal masa tu jika korang tumpukan perhatian kepada Allah, panjangkan doa dan zikir sambil menangis.., maka penyakit hati kita akan terlebur dan dengan begitulah hidayatpun mulai masuk dan bertakhta di hati.. best bukan?
Allah berfirman:
hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

Dan korang pulak bila susah hati, itu tandanya Allah nak tambah hidayat dalam diri.., dosa yang ada dalam hati menghalang tetamu Allah yang baik ini, lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang.., tumpukan perhatian kepada Allah dan belajar kehidupan Rasulullah SAW. insyAllah akhirnya hati korang yang terpilih itu akan menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Ketenangan hanya ada dalam ugama.., tempat lain boleh korang cari ketenangan tapi hanya bersifat sementara, ada orang yang mencari ketenangan dengan muzik misalnya, baik, cuba korang buat lagu untuk hiburkan orang yang 5 minit lagi nak kena sebat atas kesalah rogol.., cubalah buat lagu untuk orang yang 5 minit lagi nak kena hokum gantung.., nak kena lempang? Cubalah.. huh!

Dalam ugama ada kebahagian, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian, kemuliaan, ketenangan, kedamaian, dan segalanya adalah tentang kesudahan yang baik... (husnul kahatimah)

Siapa yang cari semua ini selain dalam ugama, mereka bukan sajer tak jumpa, tapi mereka akhirnya bertemu dengan kedukaan, kehinaan, kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, kesempitan buat selama-lamanya..

Ada jugak orang yang bila hati gelisah, tak tahu nak buat camne, teruskan berpoya poya, minum arak, pasang muzik kuat-kuat, teruskan buat maksiat, makan pil kuda, berzina dan lain lain, yang mana akhirnya hidayat yang nak masuk itu berlalu, yang membuatkan hati mereka kembali ‘tidak gelisah*’ seperti dulu.., mereka sangka telah berjaya buat hati tenang dengan hiburan dunia, tapi kenapa akhirnya bunuh diri?

Sebenarnya kita akan masuk shurga bila kita mendapat taufik dah Hidayat dari Allah.Taufik dan Hidayat bolehlah di ibaratkan sebagai sebuah erti "kesedaran" yang Allah akan datangkan pada setiap manusia..

Apabila Hidayat ni nak datang,., maka hati akan rasa gelisah kerana berlawanannya sifat buruk dalam hati, lagi kuat perbezaan dalam hati, lagi kuat kegelisahan..

Dan hanya orang yang buat usaha atas kesedaran sahaja, (dengan cara itu) hidayat akan bertaktakta dalam hati..

Jadi untuk dapat hidayat. korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usaha atas kesedaran korang, Faham?

Sejauh mana kesedaran korang tentang pentingnya hidayat, maka sebanyak itu jugaklah pengorbanan atas usaha kesedaran.., Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan. Maka jadilah mereka ‘tenang’ dalam dosa dan maksiat..

Seperkara lagi, orang yang beriman juga akan resah gelisah bila hidayat nak keluar dari hati, bila ujian dunia datang, orang beriman yang terperangkap dalam kesibukkan dunia.. akan rasa gundah gulana.., kerana waktu itu, kebesaran dunia dan bebannya telah datang meliputi hati dan memaksa hidayah keluar.., maka jalan yang terbaik adalah, kena patah balik kepada kehidupan berugama..

Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. (Ar- Ra'd, 13:28)

Dan ketenangan yang di perolehi melalui mengingati Allah ini, tak mampu untuk di ceritakan dengan kecantikkan bahasa, tidak mampu di suarakan dengan melodi ahlan, atau di gambarkan dalam screen lebar.., ianya terlalu indah sehingga gagal di copy/paste dalam bentuk medium lain..

Ketenangan yang di perolehi dengan mengingati Allah, buat korang boleh berfalsafah tentang kematian.., boleh bergurindam dan bersyair tentang mayat, tidak takut untuk tidur berselimutkan kain kapan atau berbantalkan batu nisan, malahan tidur di dalam keranda juga menjadi mimpi indah.., kain batik mayat juga boleh buat sebagai kain basahan! Woha!

Selamat mencari ketenangan!!! 

p/s : aku pernah merasai semua ini.. 
rujukan aku disini..

10 ulasan:

  1. Salam;
    aku menjadi resah bila sudah 2 hari tak ada idea nak buat entry..walau apa2pun info yg mantap.. TQ!!

    BalasPadam
  2. hidayah membawa kita hala tuju weyh..takde hidayah mmg rosak binasalah hidup..tp tak sume org dpt hidayah..hidayah perlu dicari..insyaALLAH ALLAh sentiasa bersama hambanya..

    Terima kasih ustaz share entry camnih, :D

    BalasPadam
  3. nice sharing.. tq ^_^

    BalasPadam
  4. hmmm..suka sgt entri ni.macam pernah lalui je.dulu dan sekarang ni..oh,hidayahku...jangan la kau pergi..!!!

    BalasPadam
  5. wah zul blog dah cantik :) ajarlah buat cam ne.....
    sekarang pun tengah gelisah nie...gelisah sebab lambat bebenor nak balik kg...x sabo nak tengok si kecik kat umah..

    klu kami jadi ibu kucing ko x nak ker jadi bapak kucing...hahahaha...sori yek...info islamik tp komen agak menyimpang :)

    BalasPadam
  6. entry yang bagus...boleh saling ingat-mengingati...

    BalasPadam
  7. aku resah bila x update blog ? bahaya kan aku ni ? terima kasih share info ni

    BalasPadam
  8. entri yang bermakna....suka3..

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.