Bila Kematangan Mula Menjengah Usia.
Amcam? Nampak Matang tak? |
Kerana Sekarang ini..
Aku sudah dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat aku tidak tercapai...
Aku mampu menyembunyikan perasaan aku yang terluka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa...
Aku sudah tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung...
Aku dapat menghadapi kebencian orang yang aku benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Aku mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun aku ingin mendapat perkara yang aku fikir boleh dapat.
Aku sudah dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya aku tidak dapat hidup setaraf dengan rakan aku yang lain...
Aku juga mampu untuk berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud aku...
Aku dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Aku memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Aku juga memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang aku tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Aku berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar aku minati, seperti berblogging...
Aku mengaku dengan jujur tidak tahu bila aku betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Aku menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Aku akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa aku dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Aku dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Aku boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak aku sukai.
Aku dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Aku dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa aku adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Dan yang paling penting sekali, aku gembira dengan hidup aku sekarang..=)
baguslah mcm tu....semoga usia anda sentiasa diberkati...gud luck ye...
BalasPadamyess
BalasPadamsetuju, sedih tengok org2 kita yang tak berap nk matang walaupun usia dah banyak
bukti seseorang tu matang...boleh kawal diri...betol tak?
BalasPadam^^
pengalaman hidup mematangkan & mendewasakan kita ... :)
BalasPadamkematangan tu subjektif kan~~~
BalasPadamtahniah if anda rasa diri dah matang
kekadang rasa diri dah matang..tp mst de kwn berdalih.. ko dah matang??macam budak2 jer..huk3..
adehei
aku matang ke x ek..huhu
BalasPadambgus la...sy tk tau dh matang ke belum..huhu
BalasPadamaiman rasa diri ini dah cukup matang..daa boleh kahwin..hahak..nice entry!!abg dah cukup matang kan??bila nak kahwin?
BalasPadam@aiman : haha..tak ada la..aku cuma perasan aku ni dah matang.. kahwin lambat lagi la..tunggu graduate dulu.. haha
BalasPadampengalaman berkata kata orang.. :)
BalasPadamsaya belum cukup matang la nampaknya..hukhuk..
BalasPadam