Jangan Mimpi Islam akan Tertegak Semula..

Ogos 12, 2011

Masih lagi bercakap soal TENTERA ALLAH, jikalau sebelum ini, aku hanya mampu untuk merindui TENTERA ALLAH... kini aku hanya mampu untuk membuat andaian.. Andaian tentang masa depan ISLAM...

Seandainya para pendakwah dan para pejuang Islam bersifat seperti sifat TENTERA ALLAH, insyaALLAH sudah lama Islam tertegak.
Namun, mengapa perlunya kita menjadi rakus ketika disogokkan dengan harta benda?
Mengapa kita perlu sanggup menyakiti orang lain serta menjatuhkan nama baiknya ketika ditawarkan dengan pangkat dan jawatan?
Mengapa kita sanggup terleka dalam solat sesudah terlihat perempuan melintas?

Jika beginilah sikap kita yang ingin memperjuangkan Islam, jangan mimpi Islam akan tertegak dengan lidah dan tangan kita semua. Sebaliknya, jika benar korang lebih mencintai ALLAH, RASUL dan JIHAD melebihi segalanya, maka berusahalah sedaya upaya untuk sampai ke maqam TENTERA ALLAH. Mudah-mudahan kita dapat bertemu suatu hari nanti di medan jihad dan seterusnya sampai ke dalam syurga kelak.
Doa korang semua untuk hamba  yang lemah ini amatlah aku harapkan.

Siapa tentera ALLAH.. dan apa sifat-sifat tentera ALLAH? stay tune.. haha... nanti aku jelaskan...

Sekadar persoalan aku.. tentang keadaan dunia sekarang ini...

15 ulasan:

  1. islam sekarang hanya pada nama...bukan pengabdian kepada Maha Pencipta...

    BalasPadam
  2. dunia skang sedang tenat, kan? :(

    BalasPadam
  3. saya harap sangat dapat berubah mencintai Allah dan Rasulnya dengan lebih baik.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  4. aku stuju ngan alif ismail dan harapan aku sama cam nasz.. org kite, baru je terkenal sikit,dah lupa diri, sedara darah daging pn boleh dikhianati, inikan sauda seagama...

    BalasPadam
  5. entahlah, islam sekarang seperti tinggal nama, umatnya makin ramai yang terpesong dan hanya bernama islam namun tidak hidup dengan islam...

    BalasPadam
  6. islam akan bangun semula pada masa kedatangan imam mahdi. time tu dah nak kiamat la...kalau rajin masuk blog neh..

    http://zharifalimin.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. erm...dunia ibarat roda...
    jgn risau abis gelap terbitlah terang..just takut xdn terbit terang kta da kelam..huh..sabor je la

    BalasPadam
  8. Generasi kita kebanyakan nya dah rosak

    BalasPadam
  9. Segalanya akan berakhir bler semuanye bersatu :)

    BalasPadam
  10. @Alif : betul tu.. aku setuju..

    @aiman : InsyaAllah.. sama2lah kita berdoa untuk kesejahteraan bersama..

    @Acik : yup..semakin hari.. semakin tenat.. semua ini.. disebabkan oleh gaya hidup masyarakat kita sendiri..

    @Abg Nasz : InsyaAllah.. jadikan bulan pose ni.. utk berubah..

    BalasPadam
  11. @along xp : yup..aku pun setuju...

    @Muz : erm.. betul tu...

    @Oligo : yg tu aku duk tunggu2.. entah sempat ke tak..?

    @Tornado : sabor je la..

    @Suhaimi : hampir 80 peratus.. rosak bro.. rosak..

    @Fiyza : nk tunggu bersatu r ni..

    BalasPadam
  12. takut melihat keadaan dunia sekarang. islam hanya tertera di ic.. tp realitinya...

    BalasPadam
  13. Kita hanya mampu mendoakan mereka....alang-alang berdoa untuk diri, kita sama-sama doakan untuk seluruh umat islam di dunia...takkan rugi apa-apa...^^

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.