Langkah-langkah yang Menentukan Keberkesanan Mengingat..

September 19, 2011


Korang pernah tak rasa, yg korang dah rasa semakin nyanyuk.. lembab.. mudah lupa? aku pernah rasa semua tu.. jadi aku cuba search kat google.. tut..tut.. aku jumpa Tips ini.. Jadi aku nk kongsikan tips untuk mudah mengingat ini, dengan korang semua.. boleh kan?

1.Kuatkan keinginan untuk mengingat.

2.Dapatkan pengertian yang sebenar-benarnya dan fahamkan apa yang dibaca.

3.Belajarlah dengan kaedah-kaedah aktif termasuk memberi perhatian yang teliti, mendengar dengan teliti, berbincang membuat nota-nota ringkas dan menulis esei.

4.Fikirkan kita mencari pengesan sesuatu bentuk. Aturlah bahan-bahan yang akan dipelajari mengikut susunan yang logik dan nomborkan isi-isi penting.

5.Selalulah mengulangkaji.

6.Carilah perkataan-perkataan yang akan menjadi kunci atau rangkaikata-rangkaikata yang boleh dijadikan punca sesuatu idea.

7.Gambarkan idea-idea itu menerusi contoh-contoh, penjelasan, gambar dan gambar rajah.

8.Bagi perkara yang dihafal, tulislah di dalam buku-buku kecil (saiz poket) atau kad-kad. Bacalah nota-nota ini berulang kali.

9.Cubalah mengingati faktor-faktor yang mudah korang lupa dengan mengaitkannya pada suatu faktor yang berkaitan, seperti di mana korang membaca bahan tersebut, dengan siapa korang berbincang mengenainya dan sebagainya.

10.Pelajarilah berulang-ulang dan bersungguh-sungguh sehingga semua faktor tersebut telah korang kuasai sepenuhnya. Ujilah kemampuan korang secara berperingkat dengan mengadakan latihan-latihan mengingat semula sehari selepas itu, seminggu kemudian, dua minggu kemudian dan seterusnya.

11.Cuba gunakan apa yang telah korang pelajari untuk praktikal.

Jom.. sama2 kita aktifkan otak kita utk mengingat.. haha.. 

sumber : Syok.org

39 ulasan:

  1. owh.. aku memang seorang yang pelupa. kadang2 ada istilah bukan lupa tapi tak ingat. macam kita ingat nak buat mende tu tapi tak buat. lebih kurang camtu la.

    tapi aku tak pernak pun termakan semut.hhhmmm...=.='

    BalasPadam
  2. Ok. Mau cuba mendapat ingatan yg kuat. Langkah pertama, kena ingat tips2 kat atas dlu. teheee

    BalasPadam
  3. weh,bgs entry kau ni...
    seswai la dgn aq yg da na exam esok...bley apply...thanx p.cik!

    BalasPadam
  4. aku final satg weyhhh, hehe. tepat pada masa. thnx :)

    BalasPadam
  5. salam moon...jgnlah kita mudah lupa semoga dijauhkn dr penyakit lupa ni kn...:)

    BalasPadam
  6. solat2:)
    aku ska hafal..bce n hafal ..:)

    BalasPadam
  7. Memang... semakin sibuk, semakin banyak kerja.. semakin mudah lupa,,,

    Trima kasih,, info yang baik...

    BalasPadam
  8. Tips yang berguna buat siapa saja, thanks.
    ps. saya mudah lupa nama orang, parah.

    BalasPadam
  9. kadang2 bila member tanya pagi tadi bekpes apa msred bule lupa... kalau kes camtu camne lak?

    BalasPadam
  10. kalo lupa atau x berapa nak ingat org tu camne ye doc?hehe

    BalasPadam
  11. umo dh nk masuk 40..patutla kerap lupa adoii

    Sesi melahap dan next project .http://gilamodified.blogspot.com/2011/09/next-autoshow-project.html

    BalasPadam
  12. update blog setiap hari juga memerlukan idea dari minda dan tidak secara lansung akal dan otak berfungsi....betul ke ni...hehe

    BalasPadam
  13. sir aku dulu ada ajar,,kalau nak ingat,,,contoh nombor panjang,,kita kena ingat nombor tu,,guna keyword..i.Allah senang je ingat.

    BalasPadam
  14. org plupa cm ak mmg ssuai kne bca entry nih hahhaah

    BalasPadam
  15. masa belajar dulu akk suka guna pen kaler2 utk ingatkn sesuatu..mmg b'kesan :)

    BalasPadam
  16. ,,jgn makan kuih sarang semut...nnt lupe ingatan,,,hahah :)

    BalasPadam
  17. ustaz pernah cakap, jangan tengok aurat lama-lama, dan jangan tengok benda2 kotor seperti najis dan sebagainya kerana ia boleh melemahkan ingatan ... Wallahu'alam.

    BalasPadam
  18. wahh, entry yg berguna .
    saya memang pelupa -,- hehe

    BalasPadam
  19. 7 daripada 11 tips tu ayu dah guna. nway, ada satu lagi tips yang paling berguna iaitu DISIPLIN kan minda.:)

    BalasPadam
  20. hafallah dikau segala buku ilmiah smpai muntah..hohok

    BalasPadam
  21. err, memandangkan sem ni byk subject menghafal, mebaca. kena tekadkn hati, kuat kn minda. :D

    BalasPadam
  22. very informative. too bad it aint in english.

    BalasPadam
  23. perghh 4 flat nanti la aku nih. :P

    BalasPadam
  24. salam zul lama tak mai singgah sni :)

    BalasPadam
  25. owh..bagus tips ni.

    zul, sori tak dapat jumpa masa kat perlis hari tu. saya update blog guna hp je. so, baca komen lepas 2,3 hari. lain x, kalau confirm adik saya masuk uitm arau tu, bleh kita jumpa dan sembang2 k?

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  26. jom2... amalkan tips2 nih... senang sikit nak mengingat..:)thanks zul

    BalasPadam
  27. salam kawan!!!!!!

    lamanya tak menjenguk blog kawan2!!! maklumlah bz sket bila bergelar student nih..hikhikhik..

    thanks ye fattah sbb sudi terjah menerjah blog alif...

    neway, thanks sebb remind pasal follower blue tuh... huhuhu...

    BalasPadam
  28. Salam;
    Bagus juga untuk update balik otak aku ni yg kadang2 ingat kadang2 lupa.

    BalasPadam
  29. arisha kdg2 je nyanyukkk..then, after that mulalah nak emo kerna cari barang tak jumpa! aiyoook! :O
    thanks kerna sharing!

    BalasPadam
  30. manusia mmg selalu lupa tp kte kne berusaha utk tidak jadik pelupa...manusia nie mmg selalu bermain dengan warna..baru hidup sikit..baru otak tu jalan..kan2..kalau aku..aku baca..aku cakap kuat2 byk2 kali smpai org sblah aku pun dok hapai ape aku baca..bru best..hahaha ;p

    BalasPadam
  31. wah...seksanya nak mengingat nota...nasib baik zaman atok da lepas

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.