Apa yang korang akan buat, bila jumpa dengan Rasulullah?
Pernah tak korang fikirkan,..?
Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita…Baginda datang dengan tersenyum dan bermuka bersih di muka pintu rumah kita…
Apa yang kita lakukan???
Mestinya kita akan sangat bahagia, memeluk Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta sangat agar Rasulullah S.A.W. sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum…
Atau barangkali kita meminta pula agar Rasulullah S.A.W. menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatkan video, CD, DVD, movie ntah apa-apa yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu semuanya ke dalam.
Baginda tentu tersenyum…
Atau barangkali kita teringat akan poster-poster artis pujaan yang kita pasang di suatu ruang di rumah kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang dengan tergesa-gesa.
Barangkali kita akan mengeluarkan lafaz Allah dan Muhammad yang tersimpan di dalam setor dan kita letakkannya di ruang tamu.
Baginda tentu tersenyum…
Bagaimana pula bila Rasulullah S.A.W. bersedia untuk menginap di rumah kita???
Barangkali kita teringat bahawa adik-adik kita lebih hafal lagu-lagu Barat daripada menghafal selawat kepada Junjungan Besar Rasulullah S.A.W.
Barangkali kita menjadi malu bahawa adik-adik kita tidak mengetahui sejarah hidup Rasulullah S.A.W. kerana kita lupa dan lalai mentarbiyah adik-adik kita sedangkan kita adalah pelajar sekolah agama.
Baginda tentu tersenyum…
Barangkali kita menjadi malu apabila kita tidak mengetahui dan mengingati nama-nama ahli keluarga Rasulullah dan sahabat-sahabatnya,
Tetapi yang hafal dalam kepala otak mengenai anggota Westlife, Spider, KRU, Ungu…
Barangkali kita terpaksa menukarkan satu kamar mandi menjadi ruang solat.
Barangkali kita teringat bahawa sebagai seorang muslim, kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah S.A.W.
Baginda tentu tersenyum…
Belum lagi koleksi buku-buku dan majalah-majalah kita
Belum lagi koleksi cd-cd kita dan home theatre kita
Belum lagi koleksi karaoke kita dan play station kita
Kemana kita harus singkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati Junjungan kita??
Barangkali kita malu diketahui Junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang melainkan pada hari Jumaat.
Baginda tentu tersenyum…
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib kita masih sibuk di depan televisyen.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari hiburan dan keseronokan duniawi
Barangkali kita menjadi malu kerana kita jarang menunaikan solat sunat dan membaca Al-Quran
Barangkali kita menjadi malu kerana kita tidak mengenali tetangga-tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum…
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah S.A.W. menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lalu di hadapan rumah kita
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah S.A.W. bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita
Betapa senyum Baginda masih di situ…
Barangkali apabila Rasulullah S.A.W. tiba-tiba muncul di depan rumah kita…
Apa yang akan kita lakukan
Masihkah kita memeluk Junjungan dan mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah kita??
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal-hal yang membuatkan kita kalut dan malu
Maafkan kami Ya Rasulullah……….
Masihkah Baginda tersenyum???
Senyum pilu, senyum sedih, senyum getir………
Oh! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini
Di mata Rasulullah….
sumber : FB..
p/s: tidak mampu untuk menaip entry baru... sibuk dengan exam midterm.. haha.. apa2pun, sama2lah kita ambik pengajaran dari entry ini..
macam ni baru kita sedarkan..betapa kita tidak mengenang RASULULLAH saw...
BalasPadamsukenye dgn entri ni
BalasPadambetapa mulianya Baginda
sdgkan kite?
emmm
gud luck kamu!
mcm diketuk2, dihempas2 ke dinding masa baca..
BalasPadam:)
BalasPadamgud luck weh
tersentap hati!
BalasPadamAminn...
BalasPadamrasa segan je nak jumpa Rasulullah saw kan..huuu
BalasPadamgud luck exam!
ya ALLAH.. cpt kan lah... pertemuan aku dgn kekasih mu =(
BalasPadamyup malu dengan rasulullah..byk yg kurang lagi kat dri nie
BalasPadamT.T
BalasPadamtak sanggup nak habiskan baca semua.. malunya :'(
:( sedeyh baca nukilan ini..
BalasPadamall the best for ya exam :)
nk peluk sepuas2 nya nk mohon ampun dan mintak syafaat baginda
BalasPadamkalau la Rasulullah S.A.W memang betul-betul muncul depan pintu rumah,rasa nak menangis kot.bertuahnya kerana terpilih untuk didatangi oleh Kekasih Allah tu :)
BalasPadamsebaklah rasa zul baca entri ni...betapa diri ini masih ada juga lalai dgn urusan dunia...
BalasPadamthumbs up kat entri ko :-bd
BalasPadamera akan rasa sangat bertuah kerana dapat berjumpa dengan kekasih Allah ini :)
BalasPadambaguslah entri ni :)
Tak pernah terjangkau di pikiran akan berpeluang jumpa baginda... Tapi betulkan.... Byk perlu diperbetulkan sebelum kita jadi cantik di mata rasulallah..
BalasPadamnice entri..sama2 kite amik iktibar
BalasPadamMUHASABAH DIRI ...
BalasPadambagus ni... sama2lah kita renungi kehidupan kita skrg... bermuhasabah diri :)
BalasPadamsesungguhnya Rasulullah telah mengetahui apa yang bakal berlaku di akkhir zaman.
BalasPadamSubhanallah. Aku malu dengan Rasulullah.
BalasPadammalu sungguh rasanya lepas baca entry ni.time kasih bagi entry yg bermakna sgt. kene muhasabah diri balik nampaknya.=)
BalasPadamSalam;
BalasPadamya..tidak mustahil Rasul akan berkunjung ke rumah kita dengan izinnya...kalau rumah memang aku tak mampu menyambut kedatangan baginda..
solat2..dalam solat ade selawat kt rasullah..so solat jgn tgl:)
BalasPadamsentap~ time kasih atas perkongsian.
BalasPadam*best of luck!~ ^^
mesti saya mengangis waktu tu... rasa hina sgt diri ni...
BalasPadambenar sekali... hurm.. sangat terkedu lah membayangkan... malu sangat pada Rasulullah saat itu...
BalasPadamgud luck zul untuk mid term...
err,..aku terkedu!
BalasPadamweh fattah,..aku nk tnye ckit ko kenal eh c fatin yg blogger 2?? yg awanbiruawanputih.bs 2??
pehhhh... ayat ni mantops!!! baginda mmg mulia :)
BalasPadam