Kesunyian Yang Membawa Maut

Disember 30, 2011
Foto 

Mungkin berita ini telah lama, dan aku sekadar merungkai kembali berita ini. Perkara ini pernah keluar dalam berita harian beberapa bulan yg lalu. Setelah aku geledah dalam web BH aku jumpa la artikel ni.. Jadi aku nak share dekat sini untuk tatapan semua..

BENARKAH harta tidak boleh membeli kebahagiaan? Jika betul, apakah bentuk kebahagiaan yang boleh didefinisikan tanpa harta andai makan pun terpaksa meminta? Dan bagaimana pula ada keluarga kaya raya yang diketahui memiliki harta dan wang ringgit sebaliknya dibelenggu kesengsaraan dengan pelbagai episod duka yang membawa kematian secara tragik, termasuk membunuh diri?

Menepati kata-kata kaya tapi sengsara, biarpun punca kematian John Paul Getty III tidak didedahkan, apa yang diketahui dia berkerusi roda dan memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi sejak 1981 apabila pengambilan dadah secara berlebihan menyebabkannya lumpuh dan hampir buta. Dia pernah menjadi subjek liputan media pada 1973 apabila diculik dan tuntutan wang tebusan mencecah lebih AS$17 juta. Bagaimanapun polis menolak dakwaan dia diculik dan sebaliknya satu penipuan bagi memeras wang datuknya. 

Kematian Lee (pewaris Samsung) terus memburukkan keadaan syarikat paling kaya, paling berpengaruh dan paling penuh rahsia yang sudah dikejar publisiti negatif termasuk pendedahan skandal rasuah.

Di Itali, kematian Edoardo ( pewaris empayar perniagaan dan kereta Fiat) ,selepas terjun daripada jambatan di Turin ketika berusia 46 tahun, dilihat sebagai kes bunuh diri tragik tetapi di Teheran, dia diagungkan sebagai syahid kerana dibunuh oleh rejim Zionis itu.

Sukar mencari punca yang mengelirukan pewaris berstatus jutawan itu sehingga kematian mereka berakhir secara menyedihkan. Jika kemurungan dan tekanan menjadi penyebab, mereka mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk mendapatkan bantuan pakar. Mungkinkah juga, kekurangan kasih sayang menjadi puncanya dan benarlah harta dan wang yang melimpah ruah, tidak mungkin dapat menjadi pengganti kasih sayang dan kunci kebahagiaan..

mahu lebih lanjut disini

P/s: mujurlah aku dilahirkan dalam keluarga yg biasa, Islam, dan harmoni. Ini menjadi pengajaran kepada aku, dan Islam itu sendiri juga menekankan kita agar bersederhana dalam kehidupan... Harta tak penting di dunia ini.. yg penting... ilmu yg berguna, anak yg soleh.. dan sedekah jariah.. yg boleh kita bawa ke akhirat..

11 ulasan:

  1. ye betol...org dunia skrg sebok ngejaor rete, smpai sngup tindas2 org lain jnji kayo...
    huh

    BalasPadam
  2. alhamdulillah kita dilahirkan dlm suasana ISlam kan :)

    BalasPadam
  3. teman xda reta berjuta, tapi teman ada senyuman yg manis..ececeh

    BalasPadam
  4. someday, aku nak kupas jugaklah isu ni dalam next cerpen atau enovel aku. hewhewhewww... ;)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, walaupun kte tak kaya raya.. yg penting kte bahagia kan.. ^^

    BalasPadam
  6. bahaya jugak jd org byk harta ni...pengajaran yg baik dan...pengisian yg best!!!

    BalasPadam
  7. bersederhanalah dalam semua perkara.. itu lebih membawa bahagia... kan???:)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah kita islam ;DD
    Lebih ohsem kalau kita islam yang ohsem ;DD

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. rasa beruntung lahir dalam keluarga Islam..

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.