Sekarang Musim Orang Putus Cinta

Disember 06, 2011

Sekrang ini, di UniMAP, Perlis. Merupakan musim orang putus Cinta.. Haha.. Dah elok-elok berkawan dari semester satu, bercinta semester 2 dan sekarang berpisah di semester 3..  Apa kes ni? Kalau berputus hubungan dari kekasih kepada kawan tu tak pe la, ni tak..!!! Lepas berpisah tu, dah mula tak kenal satu sama lain, tak bertegur sapa, walaupun sekelas. Tak ke banggang kerja cam tu. Dari kawan kepada musuh pulak. Oii.. malulah sikit, orang sekeliling semua dah tahu.. tak payah duk buat-buat tak tahu. 

Ni nak habaq kat hangpa semua yg dari kekasih kepada musuh tu.. Ada satu hadis yg berbunyi  macam ni kot..?

Nabi sebut :

  ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” 
( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Takkanlah seumur hidup tak mahu bertegur sapa? rugi woooii.. Kita ada 2 tahun setengah lagi nak graduate, cubalah berbaik semula. Lupakan kisah lama, buang yg keruh dan ambik yg jernih. Anggap je la korang tak ada jodoh. huhu.. korang Islam kan?

(kedengaran lagu awie-sayap ilusi dari corong radio)



Kerana cinta
Biar aku di anggap gila wooo...
Terbang dengan sayap illusi
Bertutur dalam bahasa hati

Kalau dah angau dgan bercinta, yg buruk tentang pasangan korang.. semua jadi baik kan? huhu... Begitulah Cinta kepada Ilahi, bila perasaan Cinta kepada Allah datang. Kita sudah tidak peduli, apa yg orang lain akan  kata pada kita.. Perasaan mula berubah, takut, gementar, malu dan macam-macam perasaan lain yg datang, sehinggalah kita kembali tenang dan tenang bila kita sujud kepadaNYA..  begitulah hebatnya cinta kepada Ilahi.. 

Malas nak cerita panjang2.. Assingment belambak lagi aku nak kena siapkan  ni.. Hari khamis ni, kena bertolak ke Melaka pulak, ada game Combat RObot.. 4 hari duk di sana, tak dapat la aku nak update blog.. huwaaa... 

53 ulasan:

  1. haha , setuju gila dgn kau fattah . aku pun kdg2 menyampah tgk org putus cinta ni lps tu mulalah berjiwang - jiwang tulis beriban status kat fb ~ haihh ..

    nk dtg melaka ? wahh , kt mne tu ? dtg umh aku sekalilah mcm tu . hehehe !

    BalasPadam
  2. kalau dah breakup tuh satu hal lah kan..yg jadi hal lain pulak bile dah jadi musuh..mula lah nak post kat laman2 social nih.Nak bgtau satu dunia kott yg korang tuh breakup..haishh..menyampah aku nyah..huhu

    BalasPadam
  3. lebih baik single dr bercouple..kalau betul2 nak kahwin barulah kene serius..thats my opinion~

    BalasPadam
  4. stuju gila babengg ! brcnta nak rak.. rlationship bkn main.. upload gmbr bk main.. buad blog bkn main.. last2 ptus !! mcm heremm btul lah kan.. he he he.. *trlbih emosi lak

    BalasPadam
  5. betolll..so, bek laa bekawan lg bgs ^_^

    *g melaka eh kamis ni? kaklimah p0n g melaka kamis ni jgkkkk :)

    BalasPadam
  6. perkara biasa tu. mmg lumrah alam. :P

    BalasPadam
  7. kecik2 dah menggatai mcm tu la, blajaq tak abes ag, *aku bergurau ja,

    BalasPadam
  8. biar betul ada musim putus cinta? hahaha
    bila musim bercintanya???

    susah la kalau mcm tu kan, bercinta dgn kawan sekelas...bila berpisah, tak sempat nak graduate lagi...hahaa

    BalasPadam
  9. itu semua perasaan yang main peranan.. bila dah kecewa, sakit hati pulak bila tgk si dia tu

    BalasPadam
  10. setuju ngan awk..ramai yg cmtu skrg kn..yg plg hampeh bila dh putus siap bagi balik sumer brg2..adoii..yg dah belanja mintak bayar balik..hihihi

    BalasPadam
  11. akk blum putus...sedang mencari cinta..

    BalasPadam
  12. kalau couple dengan kawan sekelas susah la. haiyoo.. tu yang malas nak beramah mesra ni. LOL

    BalasPadam
  13. macam buah pulak.... ada musim musim!

    BalasPadam
  14. ke kau yang putus cinta ni zul. kehkeh

    BalasPadam
  15. buang yang keruh,,ambil yang jernih..betul tak..;)

    BalasPadam
  16. tu la..dah kata kan..baik bercinta lepas kawen je..ko tak dgr

    BalasPadam
  17. haha.setuju bro
    dah putus bukan maksudnya kena berperang, lebih baik berdamai

    BalasPadam
  18. cinta Ilahi cinta sejati..cinta manusia hanya sementara...

    BalasPadam
  19. Mungkin dierang sedar dengan kesalahan masing2 kot.. hihi..

    BalasPadam
  20. tu dia.. misteri yg tak terungkap, "kenapa lepas putus 'pasangan' tu jadi macam org asing?'

    aku harus cari jawapannya! Mesti!!.. (Eh, tetibe...)

    BalasPadam
  21. kawan selalu berakhir dengan cinta, tp jarang dengar cinta berakhir dengan kawan

    BalasPadam
  22. sng citer, xpyah bercinta ngn org 1 kelas, 1 fakulti 1 universti.. kang bile putus, payah hahahaha

    BalasPadam
  23. betol weyhh. bercinta kemain. bila putus, macam haram.
    musim ke? aku tak pong. haha.

    BalasPadam
  24. Akak tetap tegur org yg akak tahu tak suka akak sebab akak tak suka bermusuh....

    BalasPadam
  25. assalamualaikum zul...betul tu bila dah putus cinta tu jgnlah putus silaturrahim antara umat islamkn berdosa tau..:)

    BalasPadam
  26. cinta oh cinta.tolak ke tepi dulu, bina kerjaya sekukuhnya~

    wah, game Combat RObot, mcm menarik~ ;)

    BalasPadam
  27. biasa bro,bercinta sayang2 berpisah mencik2,hahaha

    BalasPadam
  28. salam;
    jodoh pun rahmat tak ada jodoh pun rahmat,....biarlah si Rahmad bertemu ghn jodohnya..ehh!melalut pulakm aku ni...

    BalasPadam
  29. berkunjung sob..salam blogger
    salam kenal dan sukses selalu ..:)

    BalasPadam
  30. berkawan beramai2, jangan mewujudkan musuh dan bermusuh2an bersama musuh..why not behaving like a friendly one! :)

    BalasPadam
  31. huhuhu..tua bape thn tu ye? baik Bro..ngeh3

    BalasPadam
  32. hahaha putus cinta pun ada musimnya lol

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    BalasPadam
  33. cinta pada Allah cinta yang palin hakiki :)

    BalasPadam
  34. hahaha..sebab tu aku xnak in love dgn kwn sendiri...bahaya! tapi klu dah jodoh..nak wat camne an..kawen je la..hahaha

    BalasPadam
  35. kalau time blaja tak payah la bercinta..blaja betul2..kalau dh jadi musuh mesti ada salah sorang yang buat perangai..

    BalasPadam
  36. nice one...hahaha...peringatan bersama...jgn tak tegur2...bukan aplikasi kat couple je...kawan2 pun...be a professional person..

    BalasPadam
  37. xyah pening pala....skip NEXT! hehhe

    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-of-sayings.html

    BalasPadam
  38. hheeh. takot jugak kalu bercinta.. hoho

    jom baca kejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

    BalasPadam
  39. SINGGAH BLOGWALKING ..ADA CERPEN SEDIH DI BLOG ACU... ------> http://teyhasahaje.blogspot.com/2011/12/cerpen-monolog-jangan-lupa-namaku.html SANGAT2 MEMERLUKAN KOMEN AWAK YG MEMBINA ~ DTG TAW ..NANTY ACU DTG BALIK BLOG AWK..TENKS :)

    BalasPadam
  40. itu la. spe sruh nk bercinta? ke mcm mne?

    BalasPadam
  41. tu dia... tak bek duk mengejek org yg putus cinta...lumrah lah tu... cinta manusia tak janjikan ape2...

    BalasPadam
  42. cinta pada manusia....hmmm baik cinta dgn tumbuh-tumbuhan....erk

    BalasPadam
  43. erk..leh je cinta sesama manusia..setiapnya berpasang-pasangan kan?(ganjil..kang sejenis dilaknat lak)..cuma elak dari sentiasa berdua..sebab ada yg ketiga..perjalanan cinta tak semestinya hepi ending..kan?terus usaha mencari pasangan kalian..(patut pesan kat diri seniri juga!)..tapi jgnlah mempermainkan soal cinta..biar jujur..biar ikhlas..kerana Allah.cewah!terer gak gua ni kan kadang-kadang..;p

    BalasPadam
  44. oleh itu time study, jangan sibuk2 nak bercinta... tak gitu??

    BalasPadam
  45. tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

    BalasPadam
  46. Ada musim putus cinta ya kat UniMAP...hehe

    BalasPadam
  47. Setuju dengan kau. Bercinta lepas kahwin lagi syok ;)

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.