Bila dan Dimana Hati Kita Pada Ibu Bapa?

Januari 11, 2012

 

 Bila mak kata dia teringat.. kita jawab kita sibuk sangat..

Bila ayah kata dia rindu.. kita jawab nantilah hujung minggu..

Bila mak minta kita pulang.. kita jawab kita belum lapang..

Bila ayah minta kita singgah.. kita jawab kerja kita belum selesai..

Bila hati kita terguris.. kita kata “Mak memang tak pernah faham”

Bila hati kita terhiris.. kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

TETAPI…

Bila hati mak kita terguris.. mak kata “Tak apa,dia masih muda”

Bila hati ayah kita terhiris.. ayah kata “Tak mengapa,belum sampai akalnya”

Bila kita menangis tanda lapar.. mak berlari hingga bagai hilang kaki…

Bila kita merintih tanda derita.. ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena…

Bila kita sedih kerana gagal.. mak setia membekalkan cekal…

Bila kita pilu kerana kecewa.. ayah teguh berkata dia tetap bangga…

Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia 

sumber : FB

23 ulasan:

  1. Tersentuh hati baca coretan ini. Terutama bab ibu dan bapa. Tapi sejauh mana anak-anak sedar perasaan ibu dan ayah.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Zul

    besarnya pengorbanan ibu bapa kita

    BalasPadam
  3. assalamualaikum zul...ingatlah kedua2org tua kita yer kerana merekalah yg telah membesarkan kita dr kecil sehingga dewasa...:(

    BalasPadam
  4. Salam .. Abah & Umi umpama nyawa saya .. sayang mereka sangat-sangat =) bila baca entry ni . sayu pulak ..

    BalasPadam
  5. betul tu.. tp ramai anak2 skrg ni lupa diri.. selalu saje melukai hati ibubapa...

    BalasPadam
  6. semoga kita menghargai ibubapa kita sementara mereka msh ada...

    BalasPadam
  7. Salam Yob,

    Memang selalu ingat Mak. Alhamdulillah ada adik lelaki yg menemani di usia senja dia.

    BalasPadam
  8. kadang2 kita tak sedar kita dah mengguris hati mak ayah. sama2 kita balas jasa diorang selagi diorang masih ada. =)

    BalasPadam
  9. o' ooooo...
    dah 3 hari tak telefon ibu bapa.. :-)

    BalasPadam
  10. baru seminggu berpisah ngan mama abah untok yaon ni. hampir tipa2 hari tepon,,i cant live witout them. they r my oxygen.

    BalasPadam
  11. apabila masih ada, kita tidak rasa....

    BalasPadam
  12. sayang mak ayah....

    BalasPadam
  13. jangan pula sedar bila mereka dh xde dlm hidup kita

    BalasPadam
  14. Hargai mereka selagi berpeluang.... Tak lama...

    BalasPadam
  15. tq ingatan ini.. rindu ibubapa..

    BalasPadam
  16. niat dok jauh bg mak ayah rindu...sekarang akk tergedik2 nak balik raya cina ni..tiket flight bapak mahai...

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.