Hadiah Special Tahun Baruaaa
Kelmarin.. Peristiwa yg bersejarah telah berlaku dan mungkin peristiwa yg paling buruk juga berlaku.. Tengah orang lain duk sibuk-sibuk sambut Tahun Baru.. Ada jugak yg sambut Tahun Baru dengan Budaya yg baru.. Haaa.. inilah anak muda skrang.. buat projek dalam semak.. tepi longkang.. dalam hotel dan dlam rumah sendiri pun boleh....
Hadiah Tahun Baru katakan..? Tunggu jela.. 9 bulan akan datang, kes buang bayi akan kembali menyerang negara ni.. Lepas ni pasti tersusun r budak2 yg baru lahir kat surau, dalam tandas.. dan dalam sungai.. Demm.. yg ni memang buat aku menyampah gile r kat sape2 yg buat kerja haram ni..
"Ala.. tak payah tunggu 9 bulan la.. skrang pun dah berlambak kes buang bayi.."
Memang r belambak.. tapi lpas ni, akan bertambah belambaknya..
Isu buang bayi pasti akan kembali .Kali ini ianya lebih gila, lebih ganas, lebih jahat, dan lebih bengong. Berdoalah kita kepadaNYA moga-moga perkara ini tidak berlaku kepada kita, adik beradik kita,kawan-kawan kita, kenalan kita dan berharap isu ini tidak lagi berulang.
Jap eh.. ini petikan dalam luahan hati hamba Allah dalam FB..
Isu buang bayi pasti akan kembali .Kali ini ianya lebih gila, lebih ganas, lebih jahat, dan lebih bengong. Berdoalah kita kepadaNYA moga-moga perkara ini tidak berlaku kepada kita, adik beradik kita,kawan-kawan kita, kenalan kita dan berharap isu ini tidak lagi berulang.
Jap eh.. ini petikan dalam luahan hati hamba Allah dalam FB..
"Isu buang bayi kini bukan lagi isu lelaki tidak mahu bertanggungjawab, tetapi ianya lebih teruk sehingga ada yang sanggup membunuh bayi-bayi yang tidak berdosa itu dan sanggup pula mengkuburkan darah dagingnya itu di tempat yang binatang seperti anjing pun tidak tergamak meninggalkan anaknya di tempat seperti itu."
Standard r tu bro.. dunia dah maju.. zaman dah berubah.. berubah kepada zaman jahiliah..
LOL.. kok gitu?
Isu buang bayi sebenarnya satu ulangan kes yang pernah berlaku di tanah arab semasa zaman jahiliah dulu kala lagi.. Tetapi apa yang berlaku hari ini lebih teruk daripada apa yang pernah berlaku di zaman dahulu kerana di zaman jahiliah mereka hanya membuang bayi perempuan dan menanam bayi itu di dalam tanah dan bukannya dibuang di tempat pembungan sampah dan ada yang lagi teruk dibuang di dalam tempat kumbahan najis. Tetapi apa yang berlaku hari ini sungguh memalukan. Malu pada zaman bertamadun tinggi ini.
Sepatutnya dizaman ini yang mempunyai tamadun tinggi bahkan bagi umat Islam kita telah diutuskan olehNYA para Nabi dan para Rasul untuk mengajar manusia supaya menjadi manusia yang bertamadun.Tetapi dimanakan tamadun yang menjadi tunjang kecanggihan teknologi ideologi manusia hari ini tetapi masih terdapat kes-kes jahiliah seperti ini...
Malas den nak cite panjang2 pasal hal ni.. apa yg boleh aku buat adalah berdoa..berdoa.. dan berdoa.. agar benda ni tak terjadi pada diri aku, kawan2.. ahli keluarga dan saudara2 Islam aku.. Sama2lah kita semua berdoa.. Agar tidak termasuk dalam yg melakukan perbuatan ini..
p/s: kalau tak nak bayi tu.. bagi je dekat aku.. cari aku, kalau tak jumpa, pos je.. Alamat rumah aku dah bg..
Aku nak budak tu..
entah. bagi aku kt aku gak. bia aku jaga
BalasPadamsdihnye jdi cenggini ! >_<
BalasPadamhuuuu
BalasPadamhadiah paling dasat
senang2 je nak buang...apa nak jadi la ni..
BalasPadamkesian budak tak berdosa tu..kiranya dorang tu lg teruk dr org zmn jahiliah dulu kan
BalasPadamsedih zul,setiap tahun statistik anak tak sah taraf ni makin meningkat...budaya luar kian meresap dalam kehidupan kita,makin maju dunia makin kebelakangan pemikiran kita...
BalasPadamDasyat betul kes buang bayi sekarang nie.. Dah menjadi kebiasaan.. Semoga kita semua dijauhkan dari melakukan perkara itu... InsyaAllah...
BalasPadamNauzubilah,,harap2 aku dijauhkan daripada zina ni..
BalasPadamzaman moden ni,,terasa seperti zaman jahiliah pulak dah kan.
physically je moden tp mentality = jahiliyah!
BalasPadammereka tak takut akan balasan!!
BalasPadammemang pon! perkara yang berlaku pada hari ni, dah pernah berlaku pada zaman dahulu-kala. Apa orang cakap, sejarah berulang kembail? erm, macam tu lah.. :)
BalasPadamassalamualaikum zul...susah betul remaja zaman skg ni bermcm2 perkara yg x bermoral tu lah yg mereka suka buat dan lakukn...:(
BalasPadamkesian yg dah kawen lme ta dpt anak T.T
BalasPadamyg dpt , buang mcm tu je , aishh
skrip sama setiap tahun
BalasPadamtanda kiamat, zina merajai dunia
BalasPadamramainya yg dah berkahwin teringin nak anak tapi tak dapat2..tapi masih ramai lagi yg selmaba je buang anak/bayi merata2..na'uzubillah
BalasPadambetul ckp Fattah..kalau siapa yg tak nak anak tu jgn suka2 hati nak buang..at least tinggalkan di tempat yg lebih selamat..wallahu'alam
salam tahun baru zul.. tula kan.. sis pun sedey je baca psl buang bayi.. ibu yg benar2 inginkan anak ni sush nak dpt.. kalo dah dapt pun sush nak lekat.. baru dikandung beberapa bulan Allah SWT ambil semula.. tp mereka ni senang nk dpt anak tp dibuang-buang pula.. remaja atau org zaman sekarang ni mmg semakin tidak bertamadun.. dunia dah akhir zaman kan.. kehidupan akan kembali ke zaman jahiliah walau hakikatnya dunia semakin maju tp manusia semakin mundur...
BalasPadammintak dijauhkan dr kita semua gejala yg tak elok ni
BalasPadambagi aku.. aku pon nak anak tu... hahahahahha...
BalasPadamsalam tahun baru zul.. moga 2012 memberi kita lebih banyak kebaikkan...:)