Yang Lepas Biarkanlah, Mulakan Yang Baru..

Januari 08, 2012
Sekarang memang sibuk dengan exam.. so aktiviti Kelab RObot terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Lepas ni, (cuti mid sem)  aku akan sibuk dengan robot kembali.. Mak aii.. lpas ni penat r, kena ready utk 2 tournament, iaitu MuROC dengan RoBOCON.. 

Sebelum ni, aku ada ceritakan pasal Pertandingan RoBOGAMEZ kat MMU kan? Maaflah aku agak lewat utk cerita lebih detail pasal game tu.. Sebab masalah internet yg slow macam sibut babi.. 

Team kami, (UniMAP) menghantar 3 Robot sahaja. Masalah badjet tak cukup, maklumlah kebanyakkan komponen dan motor, kami beli sendiri dan ada jugak yg pinjam dari lecturer.. Apa punya kedekutlah... 
(tak boleh cakap.. mulut kena tutup.. T_T)

Robot yg kami pertandingkan ialah CON-X, CON-Q dan CON-Z.. Sebelum tu, korang tengok la dulu gambaq2 robot ni. Maaflah tak boleh nak upload banyak sangat. Semua gambaq robot ada dengan member aku. Aku tak ingat nak ambil la.. haha..

CON-Z
Con-Z ni, robot dari team member aku. Robot ni, hanya mampu pergi ke suku akhir sahaja.. Haha.. Tapi tak pe la, kalah point je.. Ada peluang lg nak menang tu. Cuma robot ni, slow sikit bila time nak bergerak, sebab kami guna motor driver yg lama la.. team lain semua pakai yg baru... Tapi harga motor driver tu, gempak jugak r.. dalam RM300 kot, kalau tak silap aku..

CON-Q
Robot ni, team aku yg buat, masa ni aku baru lepas spray @ sembur robot ni dengan cat. Haha.. tema kami sama cam tahun lpas. ASKAAAAAAAR .. Maaflah, sebab belum pasang lagi weapon kat body robot ni. Gambar complete CON-Q tak ada dalam simpanan aku.. RObot aku ni, Kalah dalam kumpulan lagi.. Group Robin. Kami dapat no 2, so tersingkir r, sebab diaorg hanya ambik satu pemenang sahaja dari Group Robin.
2 kali menang dan 2 kali kalah.. haha.. Ok la tu, 

CON-X
Robot paling bahaya dalam team kami. CON-X fuhh.. dengar nama pun dah gempak. Tapi macam haram r bila masuk game.. lose signal , so robot ni tak boleh kawal. Ini pun silap team kami la, sebab guna receiver yg lama. Sayang, seribu kali sayang.. tak dapat nak main hari tu. Sekadar pergi jalan2 sahaja.. Nak menangis kawan aku, robot yg dibuat dari pagi sampai ke pagi, tak tidur, dibawa bagai minyak yg penuh. Namun begini jadinya.. Sungguh sedih..

CON-X
beginilah weapon CON-X. laju babe.. sekali kena boleh patah kaki tu..  Nasib tak ada. Sabor je la..


Akhir skali, sebelum balik sempat lagi posing robot-robot ni.. Haha.. Kalah tak pe, asalkan ada fight. Kita cuba lagi tahun depan. Mungkin lpas ni, kena guna component yg terkini r, baru betul.. tak la nampak ketinggalan zaman dengan team lain. 

Walaupun sistem pengurusan RobotGamez tahun ni, teruk gile..  Tapi ok la.. ada fun jugak, sebab dapat blajar dan lihat robot2 lain yg lebih kreatif. Malas nak cite pasal buruk orang lain.. korang layan lah entry ni sampai muntah.. haha.

P/S : Nanti ada masa dan ada internet yg laju, aku upload gambaq robot2 team lawan pulak.. hehe.. sabaq na.

19 ulasan:

  1. smart oh yg last tu...ak nak tgk gambar robot team lain nt..hehe

    BalasPadam
  2. unimap??dekat sudah dgn umah akak...singgah la..perlis-kedah 1 jam =)

    oh blogger

    BalasPadam
  3. assalamualaikum zul....cantik robot tu tapi syg kalahkn tapi x apa boleh cuba lg kan...:)

    BalasPadam
  4. buat robot smpai tido kat pauh..semangat siot

    BalasPadam
  5. anda kalah bergaya! takpe!! tahun dpn sure menang besar. Aamiiinnnn.. :-)

    BalasPadam
  6. Salam Fattah,

    Kenapa lecturer kedekut? Kalau menang dia yg lebih menempek dlm satkhabar!

    BalasPadam
  7. Waaa... Best.. Aku dulu pernah gak buat motor sendiri untuk kereta dash yankuro... Laju gak la.. haha..

    BalasPadam
  8. walau kalah...jangan patah semangat...semoga terus bersemangat untuk mencipta robot-robot yg bermutu..:)

    BalasPadam
  9. comelnya robot tuuu.. heee.. takpa, kalah bukan slamanya... ^^

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Zul

    Insyaallah
    berjaya di masa akan datang

    BalasPadam
  11. wahhh hebat..jom laaa join uia nyer plak pasni..World Ivention Engineering Student Challenge (WISH)

    BalasPadam
  12. huwaaaaaa
    rindu2...
    suke dgn menatang2 ni :))


    semoga berjaya weh!

    BalasPadam
  13. wah gempak beb ...bestnya kalau dapat tgk depan mata

    BalasPadam
  14. pergh.. sonok tgk ada orag pndai buat robot.. huhu

    Jom baca kejap =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

    BalasPadam
  15. nampak simple tp nak buat bukan senang. complicated.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  16. wow...ni yg teringin masuk sekar...hahaha

    BalasPadam
  17. hehe.. saya dari kecik duk ikut abah g bwk student dia masuk pertandingan robot2 neh.. ntah la.. x de jiwa sgt nk turun minat robotik neh..sbenarnya kreativiti neh atas dorongan lecturer.. kalo diorg bersungguh2, confirm ada hasilnya.. hehehe :)

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.