5 binatang yang paling susah mati
Bengang nyamuk dok berdesing kat tepi telinga tapi bila nak bunuh dia, asyik kebas tangan menepuk dinding je? Nyamuk masih terbang dengan hepinya. Senang saja, gunalah Ridsect. Komfem kiok terus nyamuk yang berlagak hero itu. haha
Ada lagi binatang lain yang lebih sukar dibunuh berbanding nyamuk. So, tak payah nak sakit hati bagi je dia hisap darah kamu sikit. Ala setitik je pun nak berkira ke..(tetibe intro pasal nyamuk). Saksikan top 5 binatang yang kalau korang cuba bunuh mungkin korang yang akan mati terbunuh sebab tertekan tak dapat membunuh. heh. tak payah layan aku mengarut. jom tengok siapakah mereka-mereka yang terhebat itu?
5. Giant African Land Snail (Siput babi gergasi Afrika)
Hamek ko penuh tapak tangan beta tadahkan. muahaha. tapi tu tapak tangan orang lain bukan tangan aku. Saiz dia boleh mencapai 8 inci panjang. Siput babi ni biasa dijadikan binatang peliharaan (pet) oleh orang-orang Barat sebagai diorang rasa ini 'Amazing!' padahal kat Malaysia ia adalah tahap gaban punya menggelikan. Masyarakat Afrika Timur sudah mencuba pelbagai cara untuk membunuh siput babi ni, seperti membakar dan racun tetapi masih tidak berhasil. Apasal diorang tak try tabur garam? Aku selalu tengok atok aku buat camtu bila dia bengang siput babi asyik rosakkan pokok dia tanam.
4. Water bears
Water bears adalah binatang air berkaki enam yang mikroskopik dan sangat susah dibunuh malah tidak boleh dibekukan. Makhluk ni boleh bertahan pada suhu ekstrim sehingga -273 darjah celcius dan boleh hidup lebih sedekad tanpa air. Malahan bom nuklear pun tidak mampu mengapa-apakan benda alah ni. Ia boleh berubah ke bentuk kering dan semasa dibentuk ini ia kebal terhadap radiasi. Binatang ini juga kebal terhadap nitrogen cair dan mineral (inorganic) acid.
3. Tree weta
Binatang yang sesungguhnya sangat menyeramkan. Dah la besar gedabak tu ha. Darah Tree Weta mengandungi protein istimewa yang menghalang air dan sel-sel dalam badannya daripada membeku. Maknanya walaupun Tree Weta dibekukan sekalipun, darah dibadannya masih mengalir dan berfungsi seperti biasa. Ketika beku, otak dan hati Tree Weta tidak berfungsi, namun ia akan kembali aktif selepas ia cair. Dengan kata lain, binatang ni boleh kelihatan seperti telah mati tetapi kemudiannya hidup semula..macam zombi kampung pisang! Takut tak?
2. Lungfish
Dikenali juga sebagai Salamander fish. Tak taulah dalam bahasa melayu panggil apa. Ikan paru-paru kot. Lungfish adalah ikan air tawar yang boleh hidup tanpa air selama 6 bulan sebab dia kan ada paru-paru. nak heran apa takde air. kekeke. Ikan ni jugak antara binatang yang sangatlah panjang umurnya. Queensland lungfish yang disimpan di sebuah akuarium di Chicago sejak 1933 masih hidup hingga kini! Fuh. kalau macamtu mesti dah berjanggut putih sampai ke lutut (soalan: adakah ikan mempunyai lutut?)
Immortal adalah lagu nyanyian Evanscence. haha. ok ok. tu immortal lain. aku nak main-main pun tengok la sape yang baca blog kan. semua cerdik pandai belaka. Ya betu.l Immortal bermakna abadi dan tak mati. Walaupun mana ada benda yang abadi selain Allah yang Maha Esa lagi Maha Kekal, tapi obor-obor telah ditemui oleh saintis sebagai hampir tidak mungkin mati. Macam mana plak tu?
Aku rasa kalau tembak ke bom binatang-binatang kat atas ni boleh je mati. Kan?
Allah Maha Hebat. Bukalah mata lihat ciptaanNya...dan buka hati hayati kekuasaanNya, cari hikmahnya. :)
sumber : Sini
tetiba takut kalau jumpa binatang2 nie..
BalasPadamSiput tu bagi garam jer boleh mati kot.. Yang lain2 tu masak dan masukkan lam perut jer.. haha..
BalasPadamwater bears paling menakutkan. kalo die sebesar 10 meter. bela 10 ekor. hantar perang kat palestin. kompem kite menang
BalasPadamterpaku kejap @.@
BalasPadamnice! mana kau dpt info2 ni sume? *just wonder* >_<
BalasPadambtw, obor2 tu lebih kurg mcm gamatlah, lepas dibelah bdnnya, ia akan membentuk dua ekor gamat yg baru. lebih kurang je kan? kan?
pheuww siput babi tu melekit...macam mana dier snggup pegang?euww..hee
BalasPadamSubhanallah.kan3..
BalasPadamSbenarnya 5-5 binatang ni ada je bell bela kt umah.cuma mls je nk kcoh2.hak9
kebanyakkan binatang tu boleh hidup pada suhu yg exterme. sbb tu haiwan2 tu boleh survive dlm 1 jangka masa yg pnjg..
BalasPadamhuhuhu baru sis tahu... tq la ye atas info2 ni... geli je tgk siput babi yg besar tu...
BalasPadamgeli tgok siput tu atas tapak tangan.. tapi spongebob pun bela siput ni ^_^ nice sharing
BalasPadamwah hebat2 belaka.kalau ade manusia yg hebat mcm tu agak2 hancur tak dunia ni?yer lah..bom pon xmati2..bakar pon idup.sejuk pon idup.bagi kemarau pun idup lagi..yg idup lak siap jd baby lagi apstu besar balik..wallaaa...mcm mane la agakneyr kalau Israel dpt jadik mcm tu yerrr :)
BalasPadamikan boleh hidup tanpa air selama 6bulan? peh.. ohsem.
BalasPadamassalamualaikum zul....wah takut juga kan ada juga binatang yg x boleh mati...ciptaan Allah..:)
BalasPadamSalam,
BalasPadamYang macam hama tuuu, heee kena bom pun tak mati!
yang siput babi tu patut lah spongebob bela Gary...
BalasPadam