SOLATLAH WALAU TERPAKSA

Mac 12, 2012

 LIATNYA kita untuk solat BERJEMAAH di surau.. Bangun pagi pun lepas azan subuh.. kadang2 subuh gajah pun kita kerjakan..!!! bila bulan Ramadhan semangat betul kita bangun awal, bersahur, solat sunat tahajjud dan ibadah yang lainnya.. namun kini, atas nama KESIBUKAN kita pun larut dengan raja KEMALASAN.. lalu tepi surau, PANDANG SEBELAH MATA sahaja..

Usahlah PERSOALKAN bilangan si hawa yang solat di surau, mari kita kira dahulu berapa BATANG TUBUH KAUM ADAM yang sanggup BERMUJAHADAH mendisplinkan diri solat di surau? Konsisten dalam jejak-jejak menuruti PANGGILAN AZAN di surau ?

Mereka ini bagai JEJAKA IDAMAN yang paling TERMAHAL di abad ini.. susah ingin jumpa orang macam ini lagi, bagai TERPUPUS ditelan dek duniawi..bukan sahaja disukai ramai, malah Allah LEBIH SUKA dahulu kepada mereka...

Sabda Nabi SAW :

"Solat BERSAMA ORANG LAIN lebih baik daripada solat sendirian. Solat bersama dua orang lebih baik daripada solat bersama seorang. Semakin banyak (yang solat) semakin DISUKAI Allah Azza wa Jalla."
[Sunan Abu Daud: 467, Sunan an-Nasai: 834, Musnad Ahmad: 20312, Al-Mustadrak: 3/269 dan Sahih Ibn Khuzaimah:1477]

 Ayuh!!! Kawan2, mari kita JAGA SOLAT BERJEMAAH sedaya upaya.. INGATLAH 5 perkara sebelum 5 perkara..di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa KEHAMBAAN dan menajamkan RASA BERTUHAN... Permulaannya bagi org yg tak biasa dtg solat jemaah di surau/masjid... cubalah dtg solat jemaah sekali je sehari dalam 1 waktu jikalau anda x mampu nk dtg solat jemaah 5 kali sehari di surau masjid...

p/s: entry utk menasihati diri ini sendiri, supaya rajinkan menjejak kaki ke surau .. 

19 ulasan:

  1. tahun lepas rajin jugak berjemaah dkt surau opis ni..skrg ni jarang plak..

    BalasPadam
  2. tahun lepas rajin jugak berjemaah dkt surau opis ni..skrg ni jarang plak..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, moga senantiasa istiqamah dalam melakukan ibadah sunat muakkad yang dicintai Rasulullah.

    barakallahufik :)

    Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا

    BalasPadam
  4. Alhamdullilah .. berjemaah dgn suami ..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Zul

    Insyaallah
    Allah melapangkan kita untuk berjemaah

    BalasPadam
  6. insyaAllah. terima kasih atas ingatan :)

    BalasPadam
  7. perenggan kedua itu, harus diambil ikhtibar..

    BalasPadam
  8. Salam bro.. Thanks for sharing.. MMg kita sepatutnya mengerjakan solat secara berjemaah sebab lebih banyak lagi pahalanya...

    BalasPadam
  9. solat itu tiang agama.
    kalau tak solat ertinya seolah kite meruntuhkan tiang tersebut.
    nauzubillah.
    nice entry zul :)

    BalasPadam
  10. biladapat masuk surau atau masjid tenang jer... cuba gak nak berjjemaah... tp itu lah sibuk ngn duniawi... astagfirullah... moga jejaka2 mhl itu mampu menjdi pembimbing ku suatu hari nant...

    BalasPadam
  11. lelaki harusnya rajin berjemaah di surau atau masjid..fikirkan jika anda akan mewalikan anak perempuan yg akan menikah..mahukah anda menjadi wali fasik? (antara contoh)

    BalasPadam
  12. Memang susah nak jumpa lelaki yg muda remaja berjemaah di surau atau masjid.Yang selalu ada pun yg dah tahap2 veteren.

    Teringin nak jumpa lelaki paling MAHAL macam ni kan :)

    BalasPadam
  13. zaman skrg ni byk sgt benda yg menghalang kita utk ke surau.. umat Islam kini kena kuat! :) *samalahkite*

    BalasPadam
  14. ramai yang tahu tapi makin ramai yang lupa..

    BalasPadam
  15. kagum dgn lelaki muda zaman sekarang yg masih setia ke masjid utk solat berjemaah..kalau x 5 waktu..satu waktu pun sudah memadai~

    BalasPadam
  16. so truee..org pmpuan pn sama gak. elok kalau dapat jemaah ngan roommates/dormmates

    #ingatan untuk diri sndiri

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.