AKIBAT CINTA DUNIA
1. Dia sentiasa bertungkus-lumus memburu dunia sehingga tidak pernah memperhitungkan halal atau haram.
2. Hatinya sentiasa bimbang atau tidak tenang kalau-kalau dia tidak mendapat dunia yang diburunya itu.
3. Dia jadi manusia yang inferiority complex atau hina diri dengan manusia yang berada bilamana dunia itu tidak dapat dimilikinya.
4. Kalau dia memiliki dunia itu, bimbang pula kalau-kalau hilang atau berkurangan daripada tangannya. Bimbang dibinasakan oleh bencana alam atau dicuri oleh manusia dan sebagainya.
5. Kalau dia lihat ada orang lain dapat lebih darinya, dia akan susah hati. Dia akan berusaha mencari lagi untuk mengatasi orang itu dengan apa cara pun, selain merasa hasad dengki terhadap orang itu.
6. Dia jadi orang yang berangan-angan untuk sentiasa menokok tambah lagi dunia yang telah sedia ada dan fikiran serta usahausahanya sentiasa ke arah itu.
7. Dia akan jadi orang yang tamak dan rakus. sehinggakan duit aku pun dia sanggup kebas..
8. Kalau dia memiliki dunia, dia akan jadi manusia yang sombong dan boleh jadi kejam..
9. Walaupun niatnya untuk mencari kebahagiaan atau ketenangan tetapi badan, hati dan fikiran tidak kenal rehat, tidak ada ketenangan dan kebahagiaan lagi.
10. Ia tidak akan tunaikan kewajipan dengan dunia yang dimilikinya. Umpamanya, jika dia dapat pangkat atau jawatan dia akan jadikan itu semua untuk kepentingan diri peribadinya lebih daripada Allah SWT dan dari berbakti kepada masyarakat.
11. Kalau dia orang yang berharta, ia tidak akan keluarkan zakat yang menjadi kewajipannya. Apatah lagi kewajipan yang aradhi dan untuk bersedekah.
12. Ia tidak akan tunaikan kewajipan yang aradhi (mendatang). Contoh, orang yang susah tidak dibantunya. Kalau negaranya menghadapi perang, bencana atau kesusahan, dia tidak akan memberi bantuan.
13. Akan timbul pecah belah dan hilang kasih sayang dan persaudaraan kerana sombong dengan dunia dan kepentingan diri sendiri.
14. Manusia akan membencinya. Apatah lagi Allah. Sebab itu sebuah Hadis Rasulullah SAW menyeru: “Hendaklah kamu zuhud dengan apa yang ada di dunia nescaya kamu akan dicintai Allah. Hendaklah kamu berzuhud dari apa yang ada pada manusia nescaya kamu akan dicintai oleh manusia.” (Riwayat Ibnu Majah)
15. Ia akan jadi perosak masyarakat. Kerana hendakkan dunia, dia sanggup menipu, menyogok, rasuah, makan riba, beli undi, beli ijazah, beli kertas periksa, beli perempuan atau lelaki dan lain-lain lagi.
16. Kalau dia berjawatan pemerintah, mungkin dia jadi diktator, kejam, zalim, yang sanggup menjatuhkan lawan dengan menaburkan wang untuk mempertahankan kedudukannya, menghina dan memfitnah orang demi mempertahankan jawatan atau kerana inginkan jawatan itu.
17. Timbullah huru-hara, haru-biru, kucar-kacir, demontrasi atau mungkin juga peperangan di tengah-tengah masyarakat.
Demikianlah buruknya akibat cinta dunia ini. Maka berlakulah kemuncak kerosakan di kalangan umat Islam di akhir zaman ini. Hatta tidak berpadunya mereka kerana inilah. Hingga mereka menjadi lemah dan binasa.
Rasulullah sendiri pernah berpesan: “Akan tiba ketikanya kamu akan dikeronyok oleh musuh-musuh sebagaimana orang-orang yang berebut untuk makan suatu hidangan.”
Para Sahabat bertanya: “Apakah ketika itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?”
Jawab Baginda: “Tidak, bahkan jumlah kamu ketika itu ramai sekali tetapi seperti buih-buih ketika air bah, sedang kamu ditimpa penyakit wahan.”
Mereka bertanya lagi: “Apakah penyakit wahan itu ya Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Kecintaan kepada dunia dan takut mati.” (Riwayat Abu Daud) .
Bahkan cinta dunia inilah yang menimbulkan seribu satu macam penyakit masyarakat. Sebab itu Rasulullah mengingatkan kita: “Cinta dunia kepala segala kejahatan.” (Riwayat Al Baihaqi)
Di sinilah pentingnya memiliki sifat zuhud itu. Dunia itu boleh diambil atau dikendalikan dengan syarat kita tidak jatuh hati padanya dan mengambilnya mengikut keperluan-keperluan yang telah disenaraikan tadi. Tetapi kalau tidak ada dunia dalam tangan sedangkan hati gila dunia, tetap juga tidak dikatakan zuhud. Kalau begitu sebagai kesimpulannya, asas zuhud itu terletak pada hati itu sendiri. Bukan bererti tidak ada dunia, bahkan ada dunia tetapi hatinya tidak terpaut dan pandai menggunakan dunia itu pada tempatnya seperti yang telah kita jelaskan, orang itu tetap bersifat zuhud. Sebaliknya kalau tidak ada dunia tetapi hatinya terpaut dengan dunia, tetap dianggap tidak zuhud.
Allah, moga dijauhkan penyakit cinta dunia ni... :'(
BalasPadamNauzubillahiminzalik
BalasPadamkadang2 kita t'leka dgn dunia. itu la manusia..
BalasPadamp/s : cello here. nie blog baru. mai la singgah. blog lama dh deactivate dh..^^
world gives everything to us. and that's why we sometimes careless till someone awaken us from imaginary world. hope we can behave and look smart in front of people around!
BalasPadamtak salah cinta dunia.. tapi jangan berlebihan..
BalasPadamFirman Allah lebih kurang camni.. buatlah amalan yang boleh mendatangkan kebaikan di hari akhirat..tapi kebaikan di dunia pun jangan lupa..
wah..terbaekk entri ni.. :)
BalasPadamjika kita mendahulukan cinta Allah, pasti Allah akan anugerah kita org yg turut mencintaiNya..
BalasPadambagus sgt entry ni.. amani like :)
terlalu mengejar cinta dunia hingga cinta di akhirat kelak disisihkan..waallahualam...
BalasPadamsuke bace blog macam ko ni..timbul rase insaf dlm diri...
BalasPadamargghh Tuhan kirimkan aku laki yang baik2 buatku :))
BalasPadamMasyaAllah. Moga kita di jauhkan dari sikap ni. Amin.
BalasPadamsuka ngn entry ni..kdang2 kita lalai..
BalasPadamsemoga diri ini dijauhkan penyakit cinta dunia itu....
BalasPadamzul... nak tanya macamna erk nak perbaiki newfeed tu... blog saya lagi satu ada masalah yang sama macam tu lah...
dan harap2 jauh la dari cinta dunia ni...
BalasPadamheheheh... blog istana biru memang x ada masalah... tapi ada satu lagi blog refleksi saya yang bermasalah..jadi pensyrah x bleh dapat update terbaru... huhuhu... tapi x per saya dah tukar link blog... :)
BalasPadamDah jumpa ker orang yang ambik duit aritu? Sabar2.. Ko jalan depan dia nanti ko asah parang depannya.. Tengok dia berani nak confess tak.. haha..
BalasPadamsakit yang menyakitkan adalah terlalu mencintai...cinta pada Allah pasti menyenangkan..
BalasPadamsemoga sis tak tergolong di dlm golongan org yg cintakan dunia ini...
BalasPadamlama x jenguk ke sini.. Queen agak bz dan kurg sihat,, skrg Alhamdulillah dah beransur pulih walau x sepenhuhnya...
assalamualaikum zul...cinta pada Allah adalah cinta yg abadi...:)
BalasPadamjrg sekali kalau kerja yg kita buat berdasarkan kecintaan pd dunia berlebihan ni, hasilnya baik.... mesti tak baik...
BalasPadambahaya kalau terlalu cintakan dunia..
BalasPadam