Bersangka Baik, Kerna Itu Yang Terbaik..

April 20, 2012
Bersempena hari jumaat yg mulia ni.. aku nak kongsi satu cerita dengan korang semua. Cerita ni, aku tak pasti korang pernah dengar ke tak.. tapi yg pasti aku akan cerita kat korang hari ni.. Ini bukan cerita drama tv3 k.. ni cerita betul yg tidak dpat dibuktikan kebetulannya..


Kisah seorang bergelar imam muda dikampungnya...yang mempunyai satu tabiat dimana amat gemar mencampuri rakan-rakan sebaya yang bergelar penagih dikampungnya.. Tabiat imam itu telah menimbulkan kecurigaan orang-orang kampung..sehinggakan si Imam itu telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai imam di masjid..atas alasan takut menimbulkan fitnah..

Pada suatu hari.. dikala imam muda tersebut sedang duduk bersantai sembang dengan satu kelompok penagih dadah..tiba-tiba diserbu oleh pihak polis diatas laporan polis yang dibuat oleh penduduk kampung...Imam muda tersebut bersama-sama dengan para penagih dadah digiring ke balai polis..

Semasa sesi soal siasat...

Imam muda tersebut disepak terajang dan ditengking oleh anggota polis tersebut..

"BUAT MALU JE KO NI..NAMA SAJA BELAJAR AGAMA..TAPI BERGAUL DENGAN GOLONGAN SAMPAH MASYARAKAT!"

Kemudian...salah seorang penagih tersebut bangun cuba mempertahankan imam muda tersebut...dan berkata..

"BRO...DIA NI (IMAM) SELALU LEPAK DENGAN KITAORANG...BUKAN DIA NAK BELAJAR HISAP BENDA TU BRO...DIA DUK SEMBANG DENGAN KAMI CERITA PASAL TUHAN BRO...LU JANGAN NAK MARAH2 SAMA DIA...SEKALI GUA BOOO BARU LU TAU!...LU APA TAU...YANG LU TAU ...TANGKAP KITAORANG PASTU..MAKI HAMUN...ADA KORANG DATANG KAT KITAORANG...CERITA PASAL TUHAN?"

--------------------------------------TAMMAT-----------------------------------------------------------

Ok.. melalui cerita ni, apa pengajaran yg boleh kita ambil sebagai input dan apa yg boleh kita kluarkan sbgai output..?

Pengajaran penting dlm story nie adalah, kita jangan la tinggalkn kerja2 dakwah, dan jgan pulak menjadi penghalang bg org lain utk berdakwah...tak kan dakwah kita hnya untuk mnyeru org2 yg dah baik sahaja, saper lagi yg akan ajak golongan2 yang lagha nie plak? kita tetap kna lakukan dakwah utk diorg, wlaupun usaha nmpak seperti sia2 tp ketahuilah, Allah sntiase melihat usaha kita ..

Hopefully ..  kita semua, jadilah sperti kisah burung kecil yg punya usaha untuk memadamkn api yg membakar nabi Allah Ibrahim... walaupun kita lihat benda ni tak masuk akal.. namun ketahuilah.. Allah sentiasa ada untuk menolong orang yg istiqamah dalam sesuatu perkara..

13 ulasan:

  1. Kakak harap ramailah yg memabaca N3 ini utk dijadikan iktibar... ramai yg punya mata celik, kuasa ada tapi hakikatnya tidak berupaya memberi pencerahan pada org lain...

    BalasPadam
  2. semua orang islam ada tanggungjawabnys sebagai seorang islam. fuhh!

    BalasPadam
  3. kadang2 apa yg kita lihat tu tak semestinya mcm apa yg kita pikirkan kan?

    BalasPadam
  4. dan janganlah kamu mengikuti apa yg kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendegran, penglihatan dan hati, itu semua akan diminta pertanggungjawaban.. Al-israa 17:36

    psstt : kalau tidak mengetahui, sebaiknya bertindak optimis dan kaji dulu, baru boleh keluarkan apa2 pendapat.. nice sharing :)

    BalasPadam
  5. thanks. cerita yang mengahrukan. actually, bnyk antara kita yang selalu pandang atas, dan meremehkan yang di bawah. then, ingat pandangan kita shja yg betul. thay why, bnyk je bnda bgini brlaku.. harap dijauhkan oleh Allah dan kita sentiasa dapat bersederhana dalam hidup. Amin

    BalasPadam
  6. tula...kalau nk bda'wah, da'wah la btol2..

    jgn nk main marah ja~~~^^

    BalasPadam
  7. itu la zman skrg.. susah jgk nk buat baik =='

    BalasPadam
  8. kisah yang boleh diambil iktibar..

    BalasPadam
  9. hurm... betul tu buat apa nak berdakwah pada org yang sudah sedia mengetahui kemurnian islam... kepada yang lalai itulah kita harus bantu mengingatkan... hurm~~

    BalasPadam
  10. isk! betol tu . nak berdakwah takkan nak kena pilih orang kut? so , yang tak berapa nak baik tu abaikan jelah . biarkan depa sesat dengan jalan sendiri? apa punya mind lah ..

    BalasPadam
  11. yup..betul tu..sokong dengan tindakan imam muda tu...yg tahu agama nie kena mendekati sendiri golongan2 yang kurg tahu agama Islam tu... :)
    Dakwah boleh berlaku dimana2 saja :)

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.