Boleh Menjadi Hartawan
Alangkah indahnya kehidupan orang kaya. Cakap sahaja apa yang dimahukan, hampir semuanya boleh dapat. Malah, kalau pegi ke mana-mana, ada sahaja yang hendak memberikan layanan ala first class. Jadi kalau ditanya kepada sesiapa –" mahukah menjadi papa ataupun muflis? " Jawapannya sudah tentu TIDAK!
Namun, dalam pada ramai yang cuba mengelak daripada menjadi muflis di dunia, ada antaranya pula terlupa untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak bankrap di akhirat. Sebab itulah ada yang ghairah mengaut kekayaan dengan bermacam-macam cara sama ada 'halal' ataupun 'haram'. Tetapi di celah-celah itu juga masih ada terselit segelintir orang yang begitu ghairah membuat persiapan untuk kaya di akhirat. Cuma sayangnya, mereka papa pula di dunia.
Hari ni, aku nak jelaskan pasal durian runtuh buat pembaca al-Quran. Entry ini adalah sambungan daripada entry minggu sebelumnya. Durian runtuh yang kedua untuk pembaca al-Quran ialah kita boleh menjadi hartawan.. Hartawan macam mana? Hartawan di akhirat bro, mungkin di dunia ini, kita tak nampak dengan mata kasar kita, tapi di akhirat harta-harta inilah yang akan membuat kita kaya di mata Allah..
Menurut Ibu Abbas, pembaca Quran adalah hartawan dan pahala membaca Quran tidak pernah putus.
Nabi Muhammad juga mengatakan:
" Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah(Quran) baginya satu kebaikan dan satu pahala digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, Laam dan Miim sebagai satu huruf, tetapi Alif ialah satu huruf, Laam satu huruf, Miim satu huruf "
(diriwayatkan oleh Tirmizi)
Maknanya setiap satu huruf yang dibaca kita mendapat 10 ganjaran. Bayangkan sekiranya ganjaran itu diberikan dalam bentuk wang ringgit, tentu kita berasa begitu seronok untuk membawa Quran setiap hari. Tetapi Allah memberikannya dalam bentuk pahala sebagai persediaan kita menempuhi hari perhitungan nanti.
Inilah yang dinamakan kaya dengan pahala di akhirat.
Setuju2.. Bekalan ke akhirat jangan dilupakan...
BalasPadamyes. hartawan di akhirat :0
BalasPadamapa salahnya kalau hartawan di dunia tu infakkan hartanya ke jalan Allah.. :D
BalasPadamyang baca al quran tu akak setuju.. cuma mungkin pendekatannya kurang sesuai dengan jiwa akak..sbb orang sering mengaitkan dengan orang yang berharta di dunia ni adalah orang yang melupakan akhirat..sedangkan islam tak larang kita kejar harta, asalkan kita tak lupa tanggungjawab kita..bukan kah orang yang kaya tu lebih mulia sekiranya mereka tak lupa akhirat..
sekadar pandangan akak..
biar senang di dunia dan senang juga di akhirat kan~
BalasPadam@kak Rai : saya stuju dgan akak.. kena perlu jugak berharta di dunia.. kalau tak ada duit, macam mana nak bersedekah kan?
BalasPadamakhirat dengan dunia kena seimbang baru berjaya dunia akhirat...
BalasPadam