Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menangis?
Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling kita adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
Kenapa lelaki menangis?
Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:
# Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya
Dan aku, masih macam ni, tak tahu nak buat apa..? masih kelu tanpa kata.. !!!
lelaki nampak lagi 'macho' ketika menagis
BalasPadammereka sngt hebat kerana menangis takot akan dosa yg lampau..XD
mg tergolong dalam laki yang sukanangis x?? huhu
BalasPadamAir mata lelaki sangat mahal.. :D
BalasPadamLelaki tak nangis ke ketika tengok hindustan?
BalasPadamhurm... lelaki yang mudah menangis juga mempunyai kelembutan di hati....:)
BalasPadamsaya antara lelaki yg mudah menangis, memg kerap menangis kot.. senang cite, hari tu saya menangis masa tngok certia TOY STORY 3.. humm.. pelik kan? haha.. ada 1 part dlm cite tu yg patung2 tu bersusah payah nak balik ke rumah, lepas tu hampir nak kena bakar.. mase part nak kena bakar tu air mata ni tibe2 jatuh... tak tau la sbb ak hayati sngt cite tu kot.. tapi ape yg saya tau, saya menangis bila ada perkara yg betol2 MENYENTUH PERASAAN. tak kira la ape benda pon :)
BalasPadamlelaki menangis kerana dia nak tunjuk kebaikan dia.dia nie lelaki betanggunjawab.
BalasPadam