Mengikis Perasaan Gelisah
Perasaan gelisah merujuk kamus bahasa adalah perasaan tidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dan lain-lain), dan risau akan seseuatu. Terdapat 4 perkara yang membawa kegelisahan dalam kehidupan seharian kita :
- Gelisah terhadap dosa-dosa dan kesalahan ( yang telah dilakukan )
- Gelisah terhadap hasil kerja ( tidak memenuhi kepuasan spiritual)
- Takut akan kehilangan milik ( harta dan jabatan )
- Takut menghadapi keadaan masa depan ( yang tidak disukai )
Namun perasaan ini, dapat dihakis dengan membaca dan memahami Al-Quran... Sebagai contoh, ada pertanyaan daripada ahli ruangan kesihatan di online.mail.net iaitu sebuah forum berbahasa Inggeris. Menurutnya, dirinya dilanda rasa gelisah yang teruk. Rasa gelisah itu memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupannya. Ahli forum mencadangkannya bagi mengambil vitamin B-12sebagai ubat.
Walaupun ubat-ubatan itu bakal mengurangkan perasaan gelisah itu, tetapi Islam mempunyai terapi yang tersendiri bagi menghilangkan perasaan gelisah dalam diri. Pernah suatu masa, seorang sahabat Rasulullah, Ibnu Mas'ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung seperti bersedih.
Lalu lekai itu berkata " Wahai Ibnu Mas'ud, berikan kepadaku satu nasihat yg dapat aku jadikan penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera mahu maka, tidurku juga tidak lena "
Mendengar itu, Ibnu Mas'ud terus berkata " Sekiranya itu penyakit yang menimpa jiwamu, maka kamu perlu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu, tempat orang membaca Quran sama ada kamu membacanya ataupun kamu mendengarnya, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah, cari tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas"
Sebagai konklusi, ubat sebenar bagi mengubati perasaan gelisah adalah membaca dan memahami Al-Quran. Hati yang gelisah ialah hati yang jauh dari Allah, oleh itu membaca Quran mampu mendekatkan kita kepada Allah sekali gus membawa kepada ketenangan hati dan jiwa.
jyeahhh. quran :)
BalasPadamquran mmg pengubat hati..
BalasPadamtapi, trasa diri sendiri makin jauh plak dr Quran..T____T
selalu hadapi situasi num 4 :(
BalasPadampasti.hanya itu pengubat kegelisahan.
tengs slg memperingat :)
Ya.
BalasPadamgua gelisah sungguh melihat Chelsea yang akhir akhir ini makin power.
Aih.