Ya Allah, Ai Shi Te Ru!!!
Ai Shi Te Ru ialah perkataan bahasa Jepun yg bermaksud "aku cinta kepadamu" atau nama glamor dia "I love u" @ dalam bahasa Mandarin ia dipanggil "Wo ai ni" . Walaupun ianya berbeza sebutan namun ia masih membawa maksud yg sama, iaitu Cinta.. Ermmm.. tak kisahlah nak guna bahasa yg mana pun, asalkan orang lain paham dan membawa maksud " aku cinta padamu"
Tapikan? Sekarang ini, realiti cinta berlainan dgan realiti cinta zaman dahulu.. Cinta berahi disambut pada hari-hari yg tertentu, contoh 31 Ogos, Tahun Baru, dan bila ada pesta2 lain.. Fuhh.. Jauh bebeno larinya.. Cinta zaman nabi2 dahulu tidak pulak jadi cam ni.. Contoh zaman Nabi Muhammad, korang semua kenalkan Sumayyah? Nak habaq mai sikit ni, bertapa besarnya Cinta Sumayyah kpd Penciptanya sehingga beliau sanggup dihukum, dan diseksa oleh tuannya sampai mati woo.. kite ado cam gitu skrang ni?
Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila kita melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup kita berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.
Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.
Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.
Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI kita je...
Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti kita berhabis-habisan untuk mendapat perhatiannya, kan? kita beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya kita boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta kita padanya.
Untuk apa kita sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa kita bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana kita mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang kita, supaya kita menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila Anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, kita rasa cukup puas hati.
Bila Anda tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya Anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat ornag yang Anda tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang Anda lakukan lantas melihat Anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.
Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki kita dimurahkan, hidup kita dibahagiakan, urusan kita dipermudahkan, masalah kita dikurangkan, pergaulan kita diperluaskan. Semuanya mnjadi lancar sahaja. Jadi tidak hairanlah mereka yg mencintai Allah sentiasa berada dlm kesejahteraan hidup kerana kekasih hati sentiasa bersedia mengabulkan segala permintaannya. Oleh itu, tunggu apa lagi? cepat tadahkan tangan dan ucapkan ai shi te ru kepada Allah. Semoga dgan cara itu kita tergolong di kalangan hamba yg dicintai olehNya..
mencari seseorang lelaki yg menyayangi dri ini kerana Allah..shh tp x mustahilkan? :D
BalasPadamInsyaAllah.. Pastinya kita akan dapat sesuatu jika mendekatkan diri dengan Allah..
BalasPadamInsyaallah...hati kita akan sentiasa tenang bila sentiasa dekatkan diri padaNya..:D
BalasPadamcinta dia kerana dia cinta kan ALLAH. :D dekat kan diri pada Allah.. insya Allah
BalasPadamentri yg tersangat bagus ni zul... tula kdg2 manusia ni lupa.. biladitimpa masalah barulah mengeluh.. knp dan mengapa.. sebenarnya mereka lupa pada Allah SWT dan Allah berikan ujian utk kita kembali kepadaNya.
BalasPadamsalam;
BalasPadaminsyaAllah..sama2lah kita melakukan sesuatu kerana Allah bukan kerana mengharapkan balasan dari sesama insan..
amani percaya., jika mendahulukan cinta Allah, Allah akan kurniakan lelaki yg turut mencintaiNya...kejap akhirat dapat dunia juga :) sweet kan Allah
BalasPadamInsyaAllah ~
BalasPadamnice sharing . .
errr.. taktahu nak ckp ape.. =="
BalasPadamhanya mampu berdoa..
terbaik zul entry ni..thumbs up!:)
BalasPadamassalamualaikum zul...insyaAllah moga kita akan selalu mendekati Allah...:)
BalasPadamtergamam kejap..
BalasPadaminsyaAllah.. :) sesungguhnya Allah maha Esa dan Maha Mengetahui..
BalasPadamp/s: dah lama tak jenguk zul.. sihat tak? :)
kita hidup dan mati kerana Allah ..moga2 bertemu cinta ke syurga Yang Maha Esa ~ :)
BalasPadam