Quran Sebagai Penyelamat di Akhirat
Quran bakal menjadi penyelamat manusia di akhirat kelak. Membaca Quran adalah amalan baik yang pahalanya kekal menjadi milik pembacanya walaupun sudah meninggal dunia.
Daripada Abu Umamah, katanya aku mendengar nabi Muhammad berpesan,
" Bacakan oleh Quran, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat kelak bagi memberi syafaat kepada tuannya "
Ini bermakna, Quran adalah harta dan penyelamat terbaik manusia sebagai cagaran menempuhi hari perhitungan yang bakal berlaku nanti.
Huraian Pengajaran Hadis:
i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.
iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
"Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap."
iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.
sumber rujukan : Nurul Ain Ahmad. Give and take antara hamba dan pencipta.(p.52).
setiap kali baca rasa nikmat dan ketenangannya lain mcm...Subhanallah..
BalasPadamThanks for reminding bro...
BalasPadamSalam,
BalasPadamTerima kasih, panduan dan peringatan utk semua.