Untuk 'Mangkuk' Yang Belum Bersih

Mei 07, 2012


Seekor ular sawa telah berjaya menelan seekor anak babi. Kenyang bukan main dia. Lantas dia berlengkar di situ tidak bergerak-gerak. Sambil matanya berkelikpah-kelikpah memandang di hadapan melayan rasa mengantuk.

Tiba-tiba seekor kancil berlari tergopoh-gapah di hadapan ular sawa kenyang. Membantutkan nafsu mengantuk mahu tidur sang sawa.

"Celaka punya kancil. Tak padan dengan kecik, nak bikin havoc dalam hutan yang damai ini. Gua nak tidur pun terbantut," sumpah sang sawa.

2 minit kemudian, 2 ekor anak kerbau lalu dihadapan sang sawa sambil mengemboh tidak berhenti-henti.

"Binawe punya anak kerbau. Mak bapak dia pun sama binawe. Tak pandai jaga anak. Mengemboh tak tentu kalu dalam hutan. Mengganggu aje," meledak lagi marah sang sawa.

Baru saja sang sawa nak pejam mata, seekor kerbau pula meluru berlari kencang di hadapan sang sawa, seperti dikejar pekida je lagak sang kerbau. Terbantut lagi niat sang sawa nak tidur.

"Ini lagi satu haramjadah punya spesis, nak masuk olimpik pergi London lah. Sini tempat orang nak tido la bodoh!" Kali ini sang sawa betul-betul marah.

Hutan tenang beberapa ketika. Sang sawa mula hanyut dibuai mimpi. Tiba-tiba....

Akkk....Aaakkkk.....Akkkk....OOnngg...Ong...Onggg

Sekawan gagak terbang membuat bising di puncak pokok. Disahuti oleh sekawan katak diperdu pokok. Gagal lagi hajat sang sawa mahu melelapkan mata.

"Ini betul-betul pengganggu ketenteraman hutan... Dah lah hodoh, busuk, hitam, badan berkerutu, takde leher....Bising pulak... Diamlah woiiii gagak, katak...." Tempik sang sawa.

Sang pungguk yang dari tadi memerhati keadaan sang sawa terbang turun dari dahan dan landing berdekatan sang sawa.

"Wahai sang sawa yang selfish. Aku tahulah engkau kenyang, engkau dalam comfort zone, engkau nak tido. Tapi tahukah engkau apa yang sebenarnya berlaku di dalam hutan ini?" Sang pungguk memulakan lecture dengan pertanyaan kepada sang sawa.

"Hutan ini OK je... Takde masalah, aku nak makan boleh makan, aku nak main, boleh main, aku nak tido, ada orang kacau, itu yang aku temper ni," jawab sang sawa.

"Kau tak bergerak ke mana-mana, kau hanya melihat apa yang lalu di hadapan kau. Kau tak tahu apa yang sebenarnya berlaku di dalam hutan ini. Kau kekenyangan nak bergerak pun tak boleh. Apa yang kau nampak hanyalah apa yang lalu di hadapan kau. Macam orang tengok TV lepas kenyang makan pizza, tak tahu apa sebenarnya berlaku kat luar rumah," panjang lebar bebel sang pungguk. Sang sawa hanya mendengar.

"Tahukah engkau bahawa si kancil yang engkau sumpah kerana berlari meluru di hadapan kau tadi sebenarnya bergegas ke sungai kerana mahu menyelamatkan sang kerbau yang sedang digigit kakinya oleh seekor buaya. Sang kerbau asalnya cuba menolong si buaya yang ditimpa pokok besar. Bila ditolong, kaki sang kerbau pulak yang kena gigit. Sebab itulah anak-anak kerbau mengemboh ke hulu-ke hilir macam anak ayam kehilangan ibu mencari bantuan untuk menolong ibunya yang sedang dikekah buaya."

"Tak adil betul dunia ni," sampuk sang sawa.

"Nasib baik si kancil berjaya memperdayakan sang buaya. Apabila sang kerbau telah bebas, melurulah dia berlari mencari anak-anak dia yang masih kecil tadi. Budak-budak tu kecik lagi, kalau tersesat dalam hutan ni, naya nanti."

"Oooo.... Macam tu ke?" Sampuk sang sawa.

"Itulah lain kali kalau kita tak tahu apa-apa isu, baik diam. Kalau kita hari-hari kenyang, dalam comfort zone, jangan nak kutuk binatang lain yang hari-hari berjuang untuk survival dalam hutan yang penuh pancaroba ini," sang pungguk mengambil peluang menyedarkan sang sawa.

"Si gagak dan katak busuk yang bising tu, apa cerita pulak?" Tanya sang sawa.

"Patutlah orang selalu kata, macam ular sawa kenyang. Kau ni betul-betul buta isu dan jahil. Empangan di hulu sana telah mulai susut airnya. Kita diancam bahaya kekeringan air. Bukan kita sahaja, anak-cucu kita pun bakal mati kehausan. Gagak dan katak tu bising kerana berusaha memanggil hujan.... Bukan untuk mereka sahaja, tapi untuk semua penghuni hutan dan generasi kita selepas ini"

"Berkesan ke panggil hujan begitu?" Skeptik sang sawa.

"Sekurang-kurangnya mereka berusaha! Itulah kemampuan mereka. Kau tu asyik tido dan makan aje. Makan babi pulak tu.... Ceh!" Si pungguk lantas terbang semula ke atas dahan. Ye lah sebelum sang sawa ngap dia pulak, baik dia blah cepat.

Sang sawa masih berlengkar kekenyangan di situ. Terpulanglah pada dia, nak guna otak atau nak guna perut.

sumber : Laman Muhandis

6 ulasan:

  1. woww
    interesting story
    perumpamaan yg menarik untuk sampaikan mssjj :D

    BalasPadam
  2. Nice sangat...akak paling menyampah tgk iklan yg duk tayang kat ular sawa pasal bantuan babi percuma tu..dapat babinya cuma sekali heboh sehutan macamlah semua haiwan pun dapat babi tetiap bulan...haha

    BalasPadam
  3. assalamualaikum zul....cite yg menarik ni...:)

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.