Belajarlah Untuk Menangis Kerana Allah
Sedikit perkongsian tentang pengalaman aku selama 40 hari bersama Jemaah Tabligh. Aku naik bas seorang diri dari Kelantan dan turun di Putrajaya. Sampai di Stesen Bas Putrajaya, kawan satu UniMAP datang ambik aku dan bawa aku pergi ke Masjid Sri Petaling. Siyesly aku cakap, aku tak kenal lagi kawan yg ambik aku masa tu. Dia kawan kepada kawan aku. Tapi baguslah, dia sudi tolong aku wlaupun tak kenal. Aku pergi atas maksud untuk mencari siapa diri aku sebenar, untuk belajar tentang agama, untuk kenal Allah dan Rasulnya.
Berseluar jean dan berjearsy Malaysia, aku seperti orang asing bila aku masuk di perkarangan Masjid Sri Petaling. Di depan mata aku ketika itu, semua orang berpakaian dengan berjubah, berkurta, berserban dan sama sahaja warnanya, putih pudar.
Kawan aku Nisha tinggalkan aku di Masjid Sri Petaling selepas kenalkan aku dengan budak2 UniMAP yg telah ada di masjid itu. Hari pertama dapat kenal 4 orang sahabat, walaupun satu Universiti tapi kami tidak pernah jumpa.
Jemaah 40 hari yg aku ikut ini, adalah gabungan student UTM Skudai dengan UniMAP Perlis dan di bimbing oleh 2 orang awam. Seorang Dr dan seorang kakitangan kerajaan.
Inilah kali pertama aku kenal dan keluar dengan orang2 Tabligh. Alhamdulillah, banyak yg aku belajar sepanjang aku keluar bersama dengan jemaah Tabligh ni. Perkara yg paling besar yg dapat aku belajar ialah, MENANGIS. Menangis atas dosa2 lalu, menangis atas kesilapan dan lupa, menangis kerana Allah semata2. Kalau dahulu, mata ni mudah menangis bila lihat cerita hindustan @ korea, tapi sekarang mata ini mudah mengalirkan air mata bila dengar dan lihat kebesaran Allah..
Orang yg keluar di jalan Allah ini boleh diibaratkan sebagai ulat beluncas, yg dilihat manusia dengan jijik dan geli. Tapi telah berada di dalam kepompong Masjid selama 40 hari. Akhirnya Ulat beluncas tadi telah menjadi Rama-rama yg cantik di lihat dan di pandang.
Sampai di UniMAP, ramai kawan yg terkejut dengan penampilan aku sekrang ini. Dahulu pergi kelas dengan seluar jean koyak di lutut, tp skrang pakai serban, kurta dan celak. Sampaikan ada kawan sekolej tak cam aku. Allahuakhbar.. Awalnya perasaan malu itu memang ada, tp bila fikir balik, buat apa nak malu dengan makhluk. Kalau betul kita cinta kepada Rasul kita, kenapa kita tak boleh ikut apa yg Nabi kita buat? Setiap sunnah yg kita hidupkan di zaman fasyak ni, Allah bagi 100 pahala syahid. Allahuakhbar. Besar ganjaran itu tuan puan.
Dahulu aku ingat tabligh ni sesat tp rupanya tidak, mereka cuma pergi ajak orang ke masjid dan bg fikir tentang kebesaran Allah sahaja. Alhamdulillah, hati aku sekrang lebih tenang dan tahu arah hidup yg sebenar.
"Ya Allah, berilah aku kepahaman tentang kerja dakwah ini, dan kekalkanlah aku dalam usaha dakwah ini"
Amin, amin, amin ya Rabbal alamin.
P/s: Aku masih hairan dan pelik r, kenapa pakaian dan sunnah Nabi menjadi satu keganjilan. Padahal kita semua tahu apa yg Nabi Muhammad (SAW) pakai dan apa yg Nabi buat. Orang yg ikut sunnah ini, dipandang asing oleh masyarakat kita.
Selingan: Sifat riak sentiasa ada dalam diri kita, setiap kali dipuji pasti akan timbul setitik sifat riak dalam diri kita. Istigfarlah, istighfarlah, istighfarlah. InsyaAllah sifat riak itu akan hilang. Niatlah dalam setiap perkara yg kita buat, semuanya kerana Allah.
Alhamdulillah.. baguslah macam tu..
BalasPadammoga terus istiqamah di jalan-Nya..
=)
alhamdulillah... ^-^
BalasPadamsy setuju dgn pendapat kamu, menangis kerana Allah adalah lebih berfaedah berbanding menangis kerana putsu cinta etc...
BalasPadamAlhamdulilah atas perubahan kamu itu..smoga kamu sentaisa dirahmati dan dilindungi-Nya selalu..
manusia zaman moden ini mmg kebanyakknya begitu ,suka memandang sesuatu yg ganjil bila sesorg itu berpenampilan ikut sunnah nabi, tapi bila ade org bukan islam kutuk2 nabi di amrah pula..mmg pelik..=,="
tak tahu kenapa, tapi rasa sebak baca entri ni..moga kita semua akan berubah ke raha yg lebih baik dan kekal berada di jalan yg diredhai-Nya...amin
BalasPadamAssalamualaikum..alhamdulillah..terima kasih sahabat..
BalasPadamIslam itu bermula dengan asing (ghuraba') dan berakhir dengan asing. Maka beruntunglah yang asing itu :)
BalasPadam