Jom Kita Amalkan Zikir Harian.

September 15, 2012


Nabi Muhammad (SAW) pernah bersabda:  "hati itu tidak pernah stabil dan selalu bergelora. Bahkan geloranya melebihi gelora air ketika mendidih."

Hati perlu distabilkan, agar terjaga suhu dan kandungannya  supaya tidak mudah rosak. Tapi, tahukan kita semua, cara untuk menstabilkan hati?

Zikir adalah jawapannya.

Allah S.W.T telah berfirman: "Orang-orang beriman itu, hati mereka tenteram dengan ingat(zikir) kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan ingat(zikir) kepada Allah, maka hati akan tenteram"
 (Ar-Rad : 28)

Apa maksud zikir?
Zikir bermaksud, kita nak ingat Allah setiap masa dan keadaan.

Ulamak menyarankan, kita sebagai orang awam bolehlah cuba jadikan zikir sebagai amalan harian. Kita boleh lakukan sekurang-kurangnya dengan zikir yg paling ringkas iaitu 300 X sepagi dan sepetang.
  1. 100 X untuk "Subhanallah walhamdulillah walaailahaillallah Allahuakhbar" (Tasbihat)
  2. 100 X untuk "Allahummasalialamuhammad wa'ala alimuhammad" (Selawat)
  3. 100X untuk "Austaghfirullah alazim" (Istighfar)
Kita juga boleh tambah dengan doa nabi Yunus a.s iaitu "Laailahailla antasubhanakainni kuntumminaldholimii" sebanyak 100 X.

Kita tasbihat ini, sebagai tanda kita cinta kepada Allah S.W.T yakni tuhan kita. Raja segala alam.
Kita selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda kita sayang kepada Rasul kita
dan kita istighfar sebagai tanda kita menyesali atas dosa2 kita.

Zikir ini, nampak je mudah, tapi susah untuk di amalkan. Lebih susah dari solat, sebab kita perlu cari masa yg senyap(sesuai) untuk duduk dan hayati setiap lafaz zikir yg kita ucapkan. Siyesly aku cakap, aku masih dalam proses untuk menghidupkan amalan zikir ini.

Kelebihan zikir:
  1. Satu orang yg berzikir dengan banyaknya di dunia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum
  2. Allah telah sediakan satu pintu khas di syurga untuk orang-orang yg kuat berzikir.
  3. Dapat menghapuskan siat riak yg ada dalam diri manusia.
  4. Penenang hati 
Orang bijak pandai pernah berkata: Ilmu itu adalah jalan dan zikir adalah lampu, ilmu tanpa zikir kita akan kegelapan, zikir tanpa ilmu kita akan sesat. 

p/s: Aku syor, zikirlah lepas solat subuh dan asar. Inilah waktu-waktu yg tenang dan senyap dari gangguan.


13 ulasan:

  1. jdkan buku kecil al-ma'thurat sebagai teman kemana-kaman...

    BalasPadam
  2. ape khabar zul fatah ? :)
    lama dgr kaba sedara..

    BalasPadam
  3. phew.. memang betul, berzikir lebih susah dari solat. Aku pun masih dlm proses "pengamalan".. huhu

    BalasPadam
  4. terima kasih atas info berguna ni.. :)

    BalasPadam
  5. Betul tu. Zikir itu mudah tapi bila nak dilaksanakan jadi susah. Kena jadikan tabiat harian, insya Allah mudah diamalkan.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  6. Terima kasih kerane beri peringatan seumpama ni...

    Gud luck utk fattah juge. Same2 kite genggam kemenangan yg kite sedang buru ni..insyaallah.

    BalasPadam
  7. antara amalan mudah tp susah nak diamalkan manusia..subhanallah..

    BalasPadam
  8. amalan yang elok diamalkan selalu..

    al-mathurat pun elok baca pagi n petang.. =]

    BalasPadam
  9. terima kasih atas perkongsian ini..

    BalasPadam
  10. Syukran kathira. Tabaarakallah

    BalasPadam
  11. Dimana2 sja basahi lidah dgn zkrullah..byk klbhn nya..dam dpmdhkn sgla urusan..sy alaminya..alhmdulillh...

    BalasPadam
  12. Dimana2 sja basahi lidah dgn zkrullah..byk klbhn nya..dam dpmdhkn sgla urusan..sy alaminya..alhmdulillh...

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.