Antara Sifat dan Perangai
"Sifat, kita tak boleh ubah. Perangai, kita boleh ubah."
Sebab ape? sifat tak boleh ubah, perangai kita boleh ubah.? Sebab "SIFAT" itu adalah anugerah Allah kpd kita. Ada org yg bersifat tegas, lemah lembut, garang, biasa2 dan ada jugak org yg bersifat sepoi2 bahasa. Cuba kita imbas kmbali, sejarah zaman sahabat2 Nabi SAW. Ada sahabat yg garang, sederhana, lemah lembut, zuhud dan macam2 lg la, seramai 124 000 sahabat Nabi, berbeza sifat2 mereka.
Sebagai contoh:
- Saidina Umar, sifat dia garang kan? Seblum masuk Islam lagi, beliau garang. Lepas masuk islam pun masih garang lagi. Tapi garang beliau selepas masuk Islam, diletak di tmpat yg betul. Garang pada jalan Allah. Berjuang kerana Allah..
- Saidina Abu Bakar, sifat beliau ialah lemah lembut dan tegas. Sifat beliau memang tak berubah, sblum masuk Islam dan selepas masuk Islam. Dalam satu peristiwa, selepas kewafatan Nabi. Dalam kes pembayaran zakat. Kalau masa Nabi hidup dulu, org bayar zakat unta dgan tali hidungnya sekali. Jadi masa beliau memerintah, beliau pun nak org bayaq zakat unta dgan tali hidungnya sekali. Dan beliau tidak terima zakat unta tanpa tali hidungnya.
Banyak lagi, kisah2 sahabat yg boleh kita jadikan panduan. Utk kisah2 lain, boleh rujuk dalam kitab kisah2 sahabat. Aku pun tak ingat sangat r.
Untuk "PERANGAI" pula. Kita boleh ubah, dari buruk kpd baik, dari baik kpd lebih baik. Sebab perangai ni, lebih kepada tabiat kita.
Contoh:
- Kalau kita suka makan aiskrim, maka kita boleh ubah citarasa kita kpd makan coklat
- Tabiat sahabat2 sebelum masuk Islam teruk sangat, contoh: mereka minum arak dlm tengkorak manusia, berzina, berjudi di atas perempuan mengandung, tanam anak perempaun hidup2 dan macam2 lagi la. Tapi perangai mereka semua telah diubah oleh Nabi Muhammad SAW, menjadi sebaik2 ummat dan sebaik2 kurun.
Jadi sbagai kesimpulannya. Apa yg aku nak cite di sini ialah, kita janganlah nak marah @ naik angin dengan kawan2 kita. Sebab sifat2 yg ada dlm diri mereka tu, adalah anugerah Allah. Kawan kita sendiri, dgan sifat lemah lembut, susah nak marah org lain, biarkanlah dia. Kita cuma boleh tegur perangai dia ja,
P/s: Aku tak marah pun kawan, sedikit pun tidak menyesal dgan apa yg berlaku. semenjak blajaq di UniMAP ni, dah masuk kali ke 4 aku excident, semuanya dalam minggu study week.. Allahuakbhar!!! Sabaq je la, pi exam sem ni, sama macam sem2 lpas.
betul tu.. mana yg kita boleh ubah terutamanya perangai yakni AKHLAk kita.. maka kita ubahlah dr yg x baik kpd yg lbh baik...
BalasPadambetul tu..sifat mmg ssh nak diubah..jd pura2 lg susah..sedangkan sikap bila2 masa kita nak kan..
BalasPadam:) yg Allah bg mmg semua dah elok..
BalasPadambaik nyee lah kamu nie.....
BalasPadamkau excident??????