Selamat Tinggal 2012
Alhamdulillah.. Sekarang sudah pun masuk tahun 2013. Masing2 sibuk dengan azam2 baru, dengan azam lama yg masih blum tercapai tu macam mane? Jadi disini, rasanya masih blum terlewat utk aku ucap SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua pembaca. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini. Setahun sudah berlalu, di dalamnya banyak perkara suka dan duka yg kita semua tempuh spanjang tahun ini.
Cuba kita imbas balik, apa yg telah kita lakukan sepanjang tahun lepas? Cuba kita ingat balik, berapa masalah yg kita hadapi tahun lepas? Cuba kita selami memori kita sepanjang tahun 2012, berapa banyak peristiwa dan perkara manis yg kita lalui..? Pernah tak kisah bersyukur kpd Allah? Atas masalah2 yg kita lalui, dari satu masalah ke satu musibah dan dari satu musibah ke satu masalah lain. Allah telah ambil kita, dari masalah itu, satu persatu. Allah selesaikan masalah kita satu persatu. Akhirnya kita berada disini. Allah telah selesaikan semua masalah kita pada tahun lepas. Tidakkah kita berasa bersyukur?
Tahun 2012, tahun yg paling banyak peristiwa yg menyakitkan diri ni. Yang banyak merubah diri aku dari semua aspek, rohani dan jasmani. Untuk Jasmani, tubuh aku makin lemah.. 3 kali excident mrubah segala2nya.. Futsal terpaksa aku STOP!! Semua jenis sukan terpaksa aku HOLD jap!! Bagi masa utk tulang blakang dgan kpala lutut smbuh sepenuhnya..
Untuk Rohani pulak. Aku dapat kenal siapa Allah. Aku mula kenal siapa pencipta aku sebenarnya. Itulah hukum karma. Sesuatu perlu dikorbankan utk dapat sesuatu yg lain. Jasmani terpaksa aku korbankan untuk aku dapat Rohani aku. Alhamdulillah.. Allah masih bg peluang utk aku bertaubat atas dosa2 aku. Allah masih bagi kesempatan utk aku kenal diri aku dan diriNya.. Namun semakin kita rapat kpd Dia, semakin banyak dugaan dan ujian yg aku dapat. Tak pe, aku terima ya Allah.. aku terima semua ini sbagai ujianMu ya Allah!!
InsyaAllah.. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua pada Tahun 2013 dan tahun2 seterusnya... Amin!!
selamat tinggal 2012.. selamat datang 2013 dengan azam yg semakin baik... semoga tahun 2013 ni menjadikan kita insan yg lebih cemerlang dan berjaya dunia dan akhirat...
BalasPadamSelamat menempuh 2013 zul :) semoha hari mendtg akan lebih memberi makna dan keberkatan :)
BalasPadamso agak2 nyer thun 2013 ni dpt kenangan pahit lg tak? :p
BalasPadamkita akan rasa bahagia bila terasa dia di bawah lindunga-Nya.. Allah Maha Penyayang. tak akan diuji hamba-Nya dengan ujian yang tak mampu hamba-Nya lalui..
BalasPadamselamat tahun baru juga.. :)
semoga diberi kesihatan yg baik, dan moga kita semua terus dekat denganNya...
BalasPadambersyukur kerana masih berkesempatan menghirup udara tahun 2013...
BalasPadamJanuari 2013 pun nak melabuhkan tirainya..
BalasPadam