Rezeki Bukan Dalam Bentuk Duit Sahaja

Julai 28, 2013

Alhamdulillah, ALLAH swt telah jadikan dunia ni sebagai batu loncatan untuk kita menempuh alam akhirat. Kalau baik di sini, maka baiklah di sana. Kalau buruk di sini, maka buruklah di sana. 
( berkemungkinan besar )

Malam tadi ustaz bagitahu rezeki bukan terletak pada duit saja. Kalau rezeki pada duit, maka tak adil lah ALLAH. Bukan semua orang ada duit dan duit pulak tak pernah cukup. 

Ustaz bagitahu jugak, ada orang banyak duit tapi anaknya sorang atau tak ada anak.
Kadang2 ada orang duit nya kurang tapi anaknya ramai. 
Ada orang tak ada duit tapi badannya sihat belaka. 
Ada orang gajinya puluhan ribu, tapi badannya sakit2 itu takleh makan, ini takleh makan.

Limpah rahmat ALLAH tu luas, rezeki tidak di sempitkan pada konteks duit semata-mata, nikmat faham agama juga rezeki, badan sihat, anak ramai, anak sihat, anak soleh, isteri solehah, itu juga dinamakan rezeki.

ALLAH maha adil mungkin bagi sesetengah org yang tak banyak duit, nanti kalau ALLAH bagi dia banyak duit, dia akan lupa pada ALLAH. Lagipun banyak org yang tenggelam dalam kelalaian dunia hingga lupa akhirat sebab harta/duit.

Anggaplah orang yang banyak duit kalau dia jadi miskin,dia tak dapat nak bersedekah. Orang miskin, kalau dia dapat banyak duit, dia akan melakukan maksiat begitulah seterusnya.

Jadi, kita kenalah pandang nikmat rezeki tu dari sudut yg luas! Ok selamat berpagi-pagi mudah-mudahan murah rezeki kita hari ni INSYA ALLAH
Amin...

12 ulasan:

  1. sentiasa bersangka baik dengan Allah. Hanya Dia yang tahu apa yg sebaiknya untuk kita.

    BalasPadam
  2. Tq dtg blog akak, menarik artikal yg dinukil di sini, akak suka baca...

    BalasPadam
  3. setiap rezeki yang dikurniakan wajib disyukuri

    BalasPadam
  4. Salam Bro.... terima kasih singgah blog saya...

    rezeki kita masing2 Allah telah janjikan. pasti ada bahagian kita

    BalasPadam
  5. betul fatah..rezki tu Allah bg kt kite melalui berbagai cara..cuma kite je yg slalu ingt rezki tu hanya 'duit' semata.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah....syukur dengan nikmat yang diberi...n'way singgah jap...salam kenal...huhuhuh!!!!

    BalasPadam
  7. Bertemu kenal sahabat fattah di dunia blog juga adalah rezki yg diberi Allah...

    BalasPadam
  8. sebab tu tak boleh putus rasa syukur pada ilahi..

    BalasPadam
  9. Sebab itu sering kita dingatkan supaya INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA. Tahu kan Zul apa dia...

    BalasPadam
  10. betul, kdg2 bnyk duit pun tp parents x endahkn kte, x best jugak...baiklah duit sikit je n sihat...

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.