Uwais Al-Qarni Aku Ingin Jadi Sepertimu

Julai 22, 2013

Suatu ketika, Rasulullah bersabda kepada Umar Al-Khattab, mafhum hadis lebih kurang: nanti akan datang seseorang dari Yaman yang bernama Uwais Al-Qarni, maka Rasulullah menyuruh Umar untuk minta doa pengampunan dari Uwais Al-Qarni untuk Umar.

Apabila Rasulullah wafat, semasa pemerintahan Saidina Umar, beliau telah bertemu dengan Uwais Al-Qarni dan meminta Uwais Al-Qarni untuk mendoakan keampunan untuk Umar. Uwais Al-Qarni berasa hairan, mana mungkin dia meminta pengampunan untuk seorang sahabat besar. Namun, Umar mengenali Uwais Al-Qarni disebabkan sabdaan Nabi S.A.W.

Siapakan Uwais al-Qarni?

Beliau tinggal jauh dari Madinah, tidak pernah berjumpa Rasulullah dan tidak dikenali ramai. Tetapi Rasulullah bersabda kepada seorang sahabat besar iaitu Saidina Umar Al-Khattab untuk minta doa pengampunan darinya.

Mengapa nama Uwais Al-Qarni disebut oleh Rasulullah?

Ini adalah kerana ketaqwaan dan ketaatannya kepada Allah yang tinggi sehinggakan namanya amat dikenali seluruh penduduk langit. Beliau tidak kaya, kehidupannya sederhana dan tiada dunia dalam kehidupannya. Namun, kerana ketaqwaannya yang tinggi, maka namanya dikenali oleh para malaikat dan Rasulullah S.A.W.

Jadi, untuk dekat di sisi Allah bukanlah kerana harta, kerajaan atau populariti di kalangan manusia. Tetapi disebabkan ketaqwaan kepada Allah. Apa guna terkenal di dunia, tetapi tidak dikenali di akhirat. Cubalah search dalam google tentang kisah-kisah sahabat, tabi'e, wali Allah dan nama-nama penting dalam Islam. Sekarang ini, kita lebih kenal nama penyanyi, pelakon atau artis tapi kita tidak kenal nama-nama orang yang dekat dengan Allah.

Ketahuilah beliaulah Uwais Al-Qarni, Orang yang sangat terkenal dikalangan penduduk langit, tetapi tidak dikenali penduduk Bumi. Cubalah cari kisah tentang Uwais Al Qarni dgn ibunya, ceritanya memang sedih dan banyak pengajaran.. 

11 ulasan:

  1. Kalau baca kisah Uwais Al-Qarni yg zuhud pasti kita merasa betapa terlalu bermewahnya kita. Bayangkan pakaian yg dipakainya. Cara beribadahnya yg seolah-olah bimbang tidak diterima.

    Kakak membaca kisahnya lama tapi masih ada juga dlm ingatan.

    Hidup bermewah di dunia bukan jaminan bahagia di akhirat kelak.

    BalasPadam
  2. sokong komen kakzakie... blm pnh baca kisah Uwais ni.. bolehla nnt queen cari sumber utk baca kisah uwais ni

    BalasPadam
  3. Ya allah siapa dr ini..kita dikenali atau tidak oleh penduduk langit

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..Salam ukhuwah
    Dah lama x baca/dengar pasal kisah2 wali Allah..kalau x silap pernah dengar pasal Uwais ni..:)

    BalasPadam
  5. saya sudha pernah posting ttg uwais al qarni.
    Dia luar biasa. meskipun dia tidak bisa berbuat banyak tapi ia ttp yg terbak karna bisa bakti pada ibunya. sdangkan masih saja mengurusi diri sendiri saat diluar.

    smoga kita bisa mengambil ibrohnya

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, entry yang sangat berguna.. :)

    kalau tak kerna entry ni, mungkin saya tak kenal siapa Uwais al-Qarni

    BalasPadam
  7. psss...semalam kan malam 15 Ramadhan...bulan penuh...kebetulan pula supermoon....indahkan bulan?

    BalasPadam
  8. Sebagai renungan bersama.. renungkan dalam diri adakah kita layak? huhuu

    BalasPadam
  9. akak pernah bc ttg uwais ni...

    BalasPadam
  10. 2-3 hari yg lepas ada baca kisah uwais no kat blog Aby!

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.