Ya Kawan, Akulah Tabligh Itu..

Julai 31, 2013

Ya kawan, aku Tabligh sudah setahun,
Aku kini digelar Karkun,
3 hari setiap bulan,
40 hari setiap tahun,
4B insyaAllah tahun depan,
Keluar di Jalan Allah...

Memang benar kawan,
Gelak ketawa aku kini berlapik, tapi suara aku masih sama,
Dagu aku sudah mula berjanggut, tapi wajah aku tetap sama,
Berat aku juga semakin naik, setelah sekian lama sakit merana,
Apa khabar saudaraku, sekian lama tidak bertemu..?

Ya kawan, akulah anak Kg Sg Hala yang kau kenal dulu,
Yang datang si dara, kita bersiul berlagu,
Yang datang si janda, kita malu tersipu,
Ditepi parit, di tembok jambatan,
Kau, aku dan gitar-gitar,
Di waktu magrib, dihalau azan, 
Kau, aku terketar-ketar.

Ya kawan, Akulah pemuda yang selalu berkata dulu,
Hidup ini tanpa lagu rock,
Seperti ayam tidak berkokok,
Bak kenyang yang tidak cocok,
Kalau tidak menghisap rokok,

Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya,
Biarlah tidak kaya-raya,
Asalkan kita boleh bergaya,

Mahukah kiranya kini, sesudah aku berubah,
Engkau terima aku, ziarah mu di rumah,
Kalau dulu, ziarahku untuk ajak kau makan2, jalan2 lewat malam,
Tapi kini, ziarahku bawa fikir agama untuk aku, kau dan umat seluruh alam,

p/s: Menjawab puisi "kau tabligh sekarang?"

16 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. berubah ke arah kebaikan.. penerimaan org tu adalah ujian dr Allah kena byk bersabar...

    BalasPadam
  2. Cahaya itu telah datang
    bukan mudah ianya nak bertandang
    dari gelandangan jadi insan harapan
    kakak pasti mak-ayah menadah tangan
    syukurnya bukan kepalang
    sejuk terasa kalau pun izrael mengundang
    kerana pasti doa anak akan dikirimkan
    walau dunia telah mereka tinggalkan

    Istiqomah dik...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah dik..bergenang airmata baca entri ni..in shaa Allah..jika niat kita ke arah kebaikan..memang baik la hasilnya :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, moga Allah terus beri kita kekuatan utk sama2 meninggikan syiarNya

    BalasPadam
  5. singgah sini...

    hidayah Allah...
    jalan petunjuk juga..

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..

    bukan senang nak dapat hidayah allah..hanya untuk yang terpilih sahaja.. ;p

    BalasPadam
  7. teruskan pimpin kami semua ke jln benar melalui penulisanmu :)

    BalasPadam
  8. Berkunjunglah Ke Teratak Pak Dollah
    Untuk Ajak Ke Rumah Allah
    Untuk Kenal Allah, Ajak Taat Allah
    Untuk Risau dan Fikir dan Dakwah
    Untuk tabligh, Ini Kali Lah
    Ini Kampung Pak Dollah.

    BalasPadam
  9. berubah ke arah kebaikan, alhamdulillah..

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.