Dalam Hati

Ogos 25, 2013

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kata-kata nasihat Ibnu Qayyim diharap dapat menberi faedah kepada kita bersama..
  1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. 
  2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali bersama dengan dengan Allah swt.
  3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt. 
  4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya. 
  5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
  6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Berzikir dengan istiqomah kepadaNya, that the key point here. Berzikir ni, bukannya kita perlu wiridkan nama Allah setiap masa, tapi cukuplah untuk ingat Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Hati itu ibarat tasik, kalau salah satu daripada sungai-sungai yang mengalir ke tasik itu  kotor. Maka satu tasik itu akan kotor, jadi busuk, dan hidupan di dalamnya akan mati. Begitulah hati kita, andai salah satu pancaindera @ anggota kita buat benda jahat atau salah, maka hati kita akan jadi keras dan hitam. Disinilah bermulanya penyakit hati. Asbab mata, mulut, telinga dan tangan kita buat benda jahat, hati kita jadi keras.

Untuk selamatkan hati ini, kita perlulah sentiasa ingat Allah setiap masa dalam setiap keadaan. Untuk ingat Allah, kita perlu dilatih dan latihannya ialah khuruj di Jalan Allah @ keluar di Jalan Allah.

3 ulasan:

  1. Di dalam hati kakak sekarang memang dilanda kegelisahan, kesedihan dan kekusutan tapi kakak pasrah dan redha kerana kakak tahu ini ujian Allah dan kakak serah segalanya padaNya kerana hanya DIA yg maha pengasih dan mengetahui disebalik setiap yg terjadi.

    Moga kakak dijauhi dari sifat yg membusukkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kak.. Setiap masalah itu ada jalan penyelesaian.. serahkan pd Allah, sangka baik pd Allah itu yg terbaik..

      Padam
  2. Singgah... ya kuta banyak kekurangan... den g an mendekatkn diri padaNya kita akan tenang... insyaallah. .. good info... akan selalu kesini nk kongsi ilmu...

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.