Pesanan Untuk Diri Yang Berdosa
google.
Aku memang bersalah dan berdosa!
Beruntunglah korang jika merasa berdosa kerana kecenderungan untuk bertaubat adalah tinggi. Merasa berdosa kerana melakukan kesalahan adalah lebih baik daripada merasa gembira kerana melakukan kesalahan.
Sesungguhnya dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah SWT. Sesungguhnya, sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang bertaubat!
Jadi katakanlah, “tiada istilah terlambat bagi mereka yang ingin bertaubat!”
Bertaubatlah sebelum terlambat,
Kerana mati sedang menghambat,
Hari kiamat pun semakin dekat,
Moga tidak menyesal di akhirat.
Dan apabila sudah tahu sesuatu itu adalah dosa, tapi diteruskan juga maka itulah dinamakan celaka! Jika Allah “kata” celaka dan murka, maka akan diheretkan ke nereka! Jika Allah “kata” redha, maka akan dipersilakan ke syurga!
Sungguh, apa yang aku tulis bermakna itu apa yang aku tahu. Beruntunglah jika korang yang tidak tahu berbanding aku yang tahu. Korang melakukan dosa kerana jahil, padahal aku ada sedikit ilmu tapi masih tergamak melakukan dosa. Maka tidak syak lagi bahawa korang sememangnya lebih baik daripada aku.
Jadi tepatlah sekiranya semua peringatan ini adalah untuk diri aku. Mudah-mudahan dengan setiap perkataan yang diungkapkan, mengingatkan aku kepada kemurkaan Allah bagi orang yang suka “mengetuk” hati orang lain tapi lupa untuk “mengetuk” hati sendiri!
Dan aku harap semoga setiap titisan air mata yang mengalir disaat merasa berdosa, mampu untuk memadamkan api neraka! Aku menangis bukan kerana merasa susah! Tapi aku merasa bahawa aku masih jauh dariMu ya Allah!
Mungin diberikan kesusahan dan kesempitan sementara ini untuk mengingatkan aku tentang dosa-dosa yang jika tidak bertaubat, membuatkan aku akan mendapat seksa selama-lamanya. Ya Allah, kepadaMu aku berlindung dari segala kejahatan dan kecelakaan yang menipuku dari kemanisan iman.
Akhirnya, tidak semua “kata-kata” yang terbuku pada hati aku dapat diluahkan melalui ucapan dan tulisan, tetapi ianya akan terus bersemadi di dalam perasaan. Hanya sesiapa yang mengalami sahaja dapat menyelami segala maksud yang tersurat dan tersirat dalam penulisan kali ini. InsyaAllah...
terkesan sangat entri ni dengan akk, dik T_T kita semua berdosa..moga kita semua diberi pengampunan-Nya sebelum hari pembalasan kelak..amin
BalasPadamAmin ya Robb.. smoga Allah ampunkan dosa saya dn semua umat seluruh alam
Padammmg kita semua berdosa dik... kdg2 akak pun selalu pikir dah terampun ke blm dosa2 yg penah akak buat dulu.. & masih ada lgkah dosa2 yg akak blm bertaubat lg.. Nauzubillah.. setiap hari akak beristighfar bila ingt dosa2 yg dh kita lakukan...
BalasPadamsekrang ni syaitan hasut manusia, suruh buat ibadat nampak mcam agama tp sebenarnya bukan agama.. kita rasa kita betul.. dan tidak bertaubat pd Allah.. akhirat kelak, menyesal tak sudah
Padamsemoga kita mati dalam islam...
BalasPadamAmin yaRobb
PadamTension je nak bw guna hp. Kecik. Dgn line yg sengal2 ni. Tu yg jrg plus lmbt je bls jejak. Huhu...
BalasPadamTension betul dgn line ni. Nak bls jejak pn ssh. Huhu...
BalasPadambaca je.. x komen pun xpe.. saya x kisah..
Padamkadang kadang kita juga jadi celaka,, dah tahu benda tu dosa kan.. T,T
BalasPadamakulah yg berdosa tu bro.
PadamBiarlah kita menangis meratapi dosa dan sedar dari kealpaan demi memohon keampunan dan taubat. Lagi sedih pada yg tak mampu menangisi dosa-dosa yg dilakukan padahal tahu ianya adalah perbuatan yg boleh mengheret diri ke Neraka - na'uzubillah...
BalasPadammintak d jauhkn dri mnjadi org yg lalai..
Padammoga kita semua di bawah lindunganNYA..
BalasPadamAmin.. InsyaAllah.
Padamaku harap aku akan manusia yg sntiasa sedar dengan dosa yg aku dah lakukan.. takut sgt kalo x sempat bertaubat..
BalasPadamBertaubatlah sblum terlambat.. masa kita sedar ni la, kita kena cpat2 bertaubat.. bila dah lalai dgn dunia.. Apa pun x ingat
PadamRUANG BERTAUBAT ADA SEKIRANYA MERASAKAN DIRI BERDODA.. KALAU RASA DIRI DIPENUHI PAHALA, TAKDELAH NAK BERTAUBAT, YE TAK?
BalasPadambertaubatlah sebelum maut menjemput
BalasPadam