4 Langkah Mudah Untuk Mula Berbisnes



Semenjak aku menjalankan bisnes Mekaray Ventures ini, ramai orang yang aku jumpa masih ‘buntu’ nak buat bisnes apa. Bagi aku, mulakan dulu dengan apa yang terdekat dengan korang. Nanti dah bermula, Allah akan nampakkan banyak peluang untuk buat duit, insyaAllah. Dan hari ni aku nampak terlalu banyak ruang untuk buat duit dengan cara jadi “middle man” ni. Semuanya berkaitan dengan produk & servis yang memang aku sendiri gunakan. Terlalu banyak peluang hinggakan aku perlu buat keputusan bisnes mana yang terbaik untuk aku fokus. Bagi aku, kalau sesiapa rasa ‘buntu’ macam mana nak buat side income (at least untuk tambah saving bulanan) tanpa perlu buat kerja part-time, dia belum nampak peluang yang memang dah tersedia sekeliling dia.

Jadi nasihat aku kepada korang semua yg nak buat bisnes mudah;

1.  Pilih Produk & Servis Terbaik
Senaraikan apa produk & servis yang korang memang pakai, memang suka, dan korang rasa ianya pilihan terbaik. Produk tu mungkin yang korang memang gunakan tiap-tiap hari di rumah. Dan lagi bagus, korang memang ceritakan produk tu kepada kenalan terdekat walaupun tak dibayar. Macam pergi tengok wayang. Korang suka movie tu, lepas balik korang ceritakan kepada kawan-kawan di pejabat walaupun pawagam tu tak bagi tiket free atas promosi percuma tu.

2. Kenal pasti Peluang & Cara Menjadi Ejen
Kenal pasti apakah ada peluang untuk korang jadi ejen. Paling baik, jadilah ejen kepada syarikat yang kenakan kos minimum (hatta tanpa kos) untuk register sebagai ejen. Pendek kata, kalau ada orang beli, korang dibayar komisyen. Kalau tak ada jualan, korang tak rugi apa-apa! No risk at all! Like Mekaray Ventures, tiada yuran keahlian dikenakan. Korang beli produk mengikut mana-mana pakej dah dikira jadi ahli dealer kepada Syarikat Mekaray.

Dalam mencari peluang pun, jangan simply register dengan sesiapa tapi carilah introducer, dealer, distributor, atau upline yang boleh bagi bimbingan yang betul. At least dia boleh bagi bimbingan yang betul untuk korang lebih faham tentang produk dan cara niagakan produk dengan betul.

3. Hadiri Latihan & Selalu Bergaul Dengan Orang Berjaya
Lepas jadi ejen, jangan duduk rumah dan tergolek depan TV. Keajaiban hanya akan berlaku bila korang keluar rumah. Ruangkan masa untuk hadir ke perjumpaan yang diadakan oleh syarikat. Bukan setakat hadir, ambil peluang untuk berjumpa mereka yang telah pun berjaya. Bina hubungan yang baik dengan mereka & ‘korek’ rahsia-rahsia kejayaan mereka kalau korang serius untuk berjaya, Robert T. Kiyosaki syorkan kita untuk hadir ke semua perjumpaan mereka untuk tempoh at least 6 bulan! Itu adalah tempoh minimum untuk ‘tukar’ mindset daripada seorang pekerja kepada bisnes owner. 

4. Kongsikan Kebaikan Produk
Bagi tahu pada kawan-kawan yang korang jadi ejen syarikat. Kalau sesiapa nak dapatkan produk dan servis, korang boleh BANTU (bukan jual). Manfaatkan medium yang ada samada telefon, sms, whatsapp, facebook, twitter hatta blog sekalipun. Kongsikan kenapa korang suka dengan produk tu dan macam mana produk tu boleh jadikan hidup korang lebih baik. Jangan sekali-kali MENJUAL. Saya ulang lagi sekali, JANGAN MENJUAL. Kalau anda menjual, orang akan lari! Jadilah seorang sahabat yang nakkan kebaikan untuk sahabat yang lain… 

Itulah empat (4) langkah mudah untuk memulakan bisnes sendiri. Pengalaman menjadi “middle-man” ni insyaAllah akan menjadi asas yang kukuh untuk korang memulakan bisnes yang lebih besar seperti menghasilkan produk & servis sendiri nanti, insyaAllah. Aku yakin, semua orang boleh buat bisnes simple ni. Dengan duit extra RM200 – RM300 sebulan untuk permulaan, at least korang boleh tambahkan duit simpanan tiap-tiap bulan. Ia jauh lebih berbaloi daripada korang tunggu kenaikan 3 keping dinar yang korang simpan sebagai pelaburan. Dan jangan lupa, income tu tak akan kekal RM200 kalau korang usahakan dengan sabar. Nanti Allah akan gandakan menjadi RM2,000, RM20,000 bahkan RM200,000 sekalipun! InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

1 ulasan:

  1. Memang kakak tak mampu bab keluar rumah selalu itu dik
    Sifat berani dan bijak bercakap untuk convince seseorg juga perlu utk berjaya begini.

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.