Bergaulah Dengan Orang Yang Positif Dalam Bisnes

Bersama rakan-rakan bisnes dalam Mekaray dan BOD of  Mekaray

Point yang saya nak share ialah, kalau sahabat berhajat untuk berniaga, bergaullah dengan orang berniaga. Jangan banyak duduk rumah. TV tu tinggalkan dulu. Kalau ada apa sahaja business gathering, seminar, conference dsb, join jer. InsyaAllah, lama-lama kita pun akan turut berjaya sama dengan orang lain yang telah pun berjaya. Kalau nak berjaya, berkawan la dengan orang berjaya, betul tak?

Apa yangsaya perhatikan, majoriti orang yang berjaya dalam bisnes ialah orang yang ada geng bisnes. Mereka bukan jenis duduk sorang-sorang, hatta internet marketer sekalipun perlukan geng (team) untuk berjaya. Saya jumpa ramai orang yang berjaya dalam bisnes online/ internet marketing, dan mereka semua akui geng-geng bisnes online mereka lah yang membuatkan mereka lebih berjaya. Kalau bisnes online yang duduk depan komputer pun kena ada team niaga, apatah lagi kita bisnes offline, betul tak?

Apa yang saya terbaca daripada buku The Magic of Thinking Big katanya, kejayaan seseorang itu bergantung bagaimana cara dia berfikir. Dan cara kita berfikir banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan sekeliling kita. So, kalau kita nak berfikir macam mana orang berjaya berfikir, kita kena ubah persekitaran kita terutamanya kawan-kawan kita. Kalau nak berjaya, kita mesti masuk kelompok orang berjaya, barulah kita akan berjaya.

Ada 2 perkara yang akan memacu diri kita kedepan dalam berbisnes:

1. Bergaul dengan orang-orang yang berbisnes. Sebagai contoh, walaupun saya menjalankan perniagaan bersama Mekaray Ventures, tapi saya masih mampu melepak dan sharing-sharing ilmu dengan kawan-kawan dari bisnes yang berlainan seperti PhytoScience.

2. Banyakkan membaca buku-buku tentang bisnes dan tokoh-tokoh dalam dunia perniagaan kerana ianya akan bagi semangat kepada kita untuk memajukan diri dalam bisnes. Dalam koleksi saya sendiri pun, hampir 10 jenis buku motivasi dan bisnes yang sudah habis dibaca.

Moga tips ringkas ni dapat bagi panduan kepada sahabat yang berminat untuk mula berniaga.

Wallahu a’lam.

2 ulasan:

  1. Kakak dah agak terlewat utk memulakan langkah.
    Harap anak kakak mampu buat seperti Zul ini.
    Tumpang bangga dgn kejayaan 'org kita' yg berjaya.

    BalasPadam
  2. Tima kasih kak.. insyaAllah.. kjayaan ada bsama kita

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.