PANDUAN MUDAH UNTUK ANDA MENJALANKAN BISNES SECARA ONLINE

Februari 19, 2016

Pernahkah anda terfikir untuk menjual produk kesihatan secara online? Adakah anda sudah mempunyai perniagaan online sendiri? Saya sudah, anda bila lagi? 

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, adakah anda dan saya sudah cukup ilmu di dada untuk membuat perniagaan online? Banyak yang perlu dikaji dan dipandang dari segenap sisi untuk bermula dalam bisnes ini. Saya mengambil keputusan untuk membuat bisnes online secara full time bermula 3 bulan lepas dan Alhamdulillah sampai sekarang masih survive untuk menampung kehidupan dan komitmen yang perlu dibayar setiap bulan. Untuk bermula itu mudah, untuk kekalkan prestasi itu sukar. Semuanya bergantung kepada sale anda, banyak sale banyak bonus akan dapat. Kurang sale, kurang bonus.

Menjual produk kesihatan secara online telah banyak dijalankan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini. Ini kerana pasaran perniagaan yang besar sehinggakan ianya berpotensi untuk menjadi suatu perniagaan yang maju. Seperti yang sedia maklum, kita sudah biasa dengan perniagaan online untuk pakaian, kosmetik, aksesori dan perhiasan. Seiring dengan perkembangan teknologi dan inovasi dalam bidang ubat-ubatan, maka para peniaga online juga mulai memasarkan produk kesihatan sebagaimana produk-produk yang lain.

Ubat-ubatan kimia dapat diperolehi dengan mudah dari farmasi, dan juga daripada laman web pembuatnya. Bagi mendapatkan ubat-ubatan herba, anda perlu mendapatkan maklumat yang terperinci berkenaan kandungannya. Kandungan ubat-ubatan herba harus diterangkan kepada pengguna sebelum mereka membelinya. Seperti perniagaan yang saya buat, ianya bukan ubat tapi makanan tambahan yang berasaskan sunnah. Konsep secara dropship ini memudahkan lagi urusan perniagaan saya.

Menjual produk kesihatan secara online bebeza daripada menjual pakaian atau produk lain. Satu perkara yang harus diketahui oleh penjual adalah kesan dan kemujaraban produk yang dijual. Untuk semua produk, setiap badan manusia berlainan antara satu sama lain. Keberkesanan produk ini bergandung kepada tindak balas badan masing-masing. Ada sesetengah orang beranggapan, produk ini tidak ada kesan walhal dia cuma makan beberapa sachet sahaja. Untuk pengetahuan semua, produk itu dikatakan tidak member kesan, setelah kita mengamalkannya secara istiqomah selama 6 bulan berturut-turut. Setelah itu, barulah kita boleh memcuba produk kesihatan yang lain.

Pembeli harus diingatkan bahawa produk yang diambil adalah untuk tujuan kesihatan. Para penjual harus diterangkan dahulu mengenai kemujaraban dan produk mana yang mampu meringankan atau mengubati penyakit yang dialami oleh pesakit. Biasanya, para pembeli akan bertanya dahulu tentang kandungan produk yang dijual. Soalan mengenai kemujaraban dan kesan sampingan akan menjadi pertanyaan utama yang diajukan. Penjual yang baik akan memberikan informasi lengkap berdasarkan kajian pakar perubatan, sehingga dia dapat menyarankan produk kesihatan yang paling sesuai diambil oleh pembeli.

Lebih baik lagi jika pembeli telah mendapatkan saranan daripada doktor atau pihak perubatan akan kandungan yang harus diambil. Penjual dapat membuat cadangan produk yang sesuai dengan masalah yang dialami oleh pesakit. Namun begitu, pastikan pembeli mendapatkan produk seperti yang dipesan, seperti dari segi jenama mahupun isi kandungannya. Selain itu, pastikan produk yang dikirim dibungkus dengan baik. Berkonsepkan dropship, bisnes Mekaray yang saya jalankan ini tidak memerlukan saya untuk membungkus dan mengepos produk kepada pelanggan. Saya Cuma daftarkan nama dan alamat pelanggan dalam sistem portal Mekaray dan pihak Mekaray akan poskan produk tersebut dalam 3 hari waktu bekerja. 

Untuk permulaan kepada sesiapa yang ingin bermula dalam bisnes online ini, saya cadangkan untuk belajar terlebih dahulu menggunakan konsep dropship ini. Anda tak perlu keluarkan modal, tak perlu simpan stok dan tak perlu risau stok tidak terjual. Apa yang anda perlu lakukan ialah sebarkan kebaikan produk kepada semua orang melalui facebook, twitter, instagram dan lain-lain media sosial. 

Demikianlah beberapa tips dan cara menjalankan perniagaan produk kesihatan secara online. Semoga ianya berguna untuk anda semua dan selamat maju jaya dalam perniagaan anda.

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.