Bagaimana Dakwah Bermula?
"Wahai CABARAN
Wahai DUGAAN
Wahai UJIAN
Aku ada ALLAH yang memperkuatkan diriku dan memudahkan segala urusan ku"
Abid yang beribadah di dalam masjid, memang kelihatan suci kerana tidak tercemar dengan sebarang noda dan lumpur kehidupan. Namun berbeza dengan Daie yang bergadang di tengah masyarakat, akan melakukan beberapa kesilapan itu dan ini. Maka ibadah seorang Abid tadi hanya kelihatan seperti peluh di keringat kuda perang yang ditunggangi oleh seorang pahlawan yang menyabung nyawanya.
Jikalau abid itu wajahnya basah dengan air mata, maka para daie basah dengan keringat bergadang dengan pelbagai fitnah dan cabaran di tengah masyarakat. Di saat Abid enak ruku' dan sujud beribadah di dalam masjid, Daie bergadang mengislah umat dan menghadapi caci serta maki hamun dalam mengajak manusia kembali kepada Allah s.w.t.
"Ingatlah semua, kerja-kerja dakwah ini bukan kerja yang senang-lenang.
Bukan hanya fikir, tetapi perlu memperkasa zikir.
Bukan hanya tahu bersuara member idea, tetapi perlu melaksanakan dalam kehidupan kita."
Bagaimana dakwah bermula?
Mulakan dakwah dalam diri kita terlebih dahulu. Belajarlah untuk berakhlak yang baik. Bukan hanya dengan pandai menulis, petah berkata-kata, masuk pencetus ummah atau daie. Tanpa akhlak yang baik, segalanya tiada makna melainkan anda cuma mendapat popular di mata manusia yang buta hati. Hidup dalam dunia retis, glamor, pujaan ramai sehinggakan melupakan pencipta jasad ini. Solat alar kadar, tidak berjemaah dan sibuk dengan ceramah sana dan ceramah sini. Sehingga lupa akan keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga yang masih sibuk dengan maksiat.
Dakwah ini bukan kerja mengumpul pendengar dan kaki angguk. Dakwah ini adalah kerja pembaikan supaya lahir lebih ramai insan yang baik dalam kalangan mereka yang sebelumnya dalam keadaan teruk atau jahil. Seterusnya, jikalau diri sudah ada akhlak yang baik maka mulakan dakwah dalam kalangan ahli keluarga terlebih dahulu. Walaupun sibuk dengan dakwah dengan yang bukan keluarga kita.
"Sesungguhnya yang pertama Rasulullah s.a.w capai adalah Keluarganya. Barulah rakan-rakannya, jiran-jiran dan seluruh penduduk mekah dan seluruh umat seluruh alam."
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D