Formula Menjemput Rezeki

Mac 14, 2016


Mungkin ramai yang sudah tahu tentang rahsia mudah menjemput rezeki. Banyak seminar-seminar yang dijalankan oleh penceramah-penceramah hebat dalam tajuk yang sama iaitu Mudahnya Menjemput Rezeki. Sebagai contoh, Puan Areena, Ustaz Fathuri, Hisham Saleh dan ramai lagi usahawan yang berjaya kongsikan pengalaman mereka dan cara mudah menjemput rezeki.

Sepanjang mengikuti seminar-seminar ini, apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH. Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana di luar sana kebanyakannya insan biasa berbanding insan luar biasa.

Sekarang ini, ramai antara kita penat dalam mencari rezeki. Namun tak ramai yang tahu untuk menjemput rezeki. Mengikut pengalaman aku sepanjang keluar di jalan Allah. Apa yang diceritakan dalam modul harian kami hampir sama apa yang diceritakan oleh semua motivator di Malaysia.

Formulanya ialah;

1. Jaga solat 5 waktu, untuk lelaki ialah solat berjemaah, awal waktu di tempat azan di azankan. Perkataan "jaga" itu merujuk kepada tindakan kita yg mementingkan solat dari segala-galanya. Bersedia, sebelum azan sudah ada di Masjid untuk solat.

2. Networking kedua adalah DHUHA. Untuk permulaannya ialah cukup 2 rakaat, kalau mampu buatlah secara 4, 6, 8 dan 12 rakaat. 

3. Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya. Doa waktu tahajjud, senjata yang tepat menuju ke sasaran. Just try it first, My Allah easy for us.

4. Membaca Al-Quran. Paling sesuai sebelum subuh, kalau tak  mampu untuk baca, buka ja quran tu dan tengok ja huruf-hurufnya. Itu pun dapat pahala. Kita sekarang inim bangun tidur ja, terus capai phone, update status di fb dan sibuk scroll fb. Tapi mulut masih keluarkan istilah "Tiada Masa" untuk baca quran.

"Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT." ini apa yang dikatakan oleh Puan Areena. Tapi tahukan kita maksud dalam surah Al-Waqiah? surah  ini memang aku baca setiap hari, tapi cerita di dalam surah ini semuanya pasal khiamat, tak ada pun cerita pasal kekayaan dunia. Ini sebenarnya untuk kita sedar, yang dunia bukan segala-galanya. Akhirat jualah tempat kita.

5. Berzikir. Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari. Tapi bagi aku insan yang lemah ini, aku cuma mampu amalkan 300 pagi dan 300 petang sahaja. 100 kali tasbihat, 100 kali selawat dan 100 kali istighfar. Kalau time rajin, buatla istighfar nabi Yunus

6. Bersilaturrahim. Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang. Cara mudah, sebelum tidur, aku selalu amalkan maafkan semua orang, istighfar atas dosa yang dilakukan hari itu dan halalkan segala hutang orang pada aku.

7. Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Puan Areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi.. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali. So, sedekahla walau seringgit setiap hari.. Nanti anda semua akan nampak hasilnya

Contoh yang beliau beri . Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000. 10% daripada RM5000 yang kita inginkan, RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Testimoni

Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi, seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation, kawan dia pergi bayar 'INSURANS' bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita, iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia, iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

9. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi Puan Areena kata tawakal dulu baru usaha, minta bulat-bulat pada Allah, baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari

● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu

● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha

● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar

● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Bila kita cukup amalan, barulah semua akan berubah. Sekarang ini semua terletak pada diri kita sama ada ingin berubah atau kekal dalam keadaan sekarang?

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.