Status Facebook Lambang Diri Anda
Facebook atau dikenali sebagai laman muka buku sudah menjadi seperti sebahagian kehidupan kita. Termasuk saya yang sememangnya merupakan pengguna tegar facebook. Ya, terasa kuat cengkamannya dalam kehidupan saya. Apatah lagi kini facebook seakan sudah menjadi salur komunikasi utama, bukan lagi alternatif. Tambahannya pula, facebook dan media social inilah punca rezeki utama saya. Perniagaan yang secara online sememangnya memerlukan pelanggan dari atas talian.
Hari-hari orang akan mengemas kini status. Status Facebook seakan-akan sudah menjadi wakil kepada diri manusia yang sebenar. Seakan ia menjadi gambaran kepada batang tubuh yang menjadi pemilik akaun itu. Maka tidak hairanlah orang berlumba-lumba mempamerkan apa sahaja yang boleh dilihat sebagai gambaran sebenar mereka. Memang saya akan mengupdate status facebook 3 kali dalam 1 hari, saya akan berkongsi tentang produk dan perniagaan yang saya jalankan, tentang gaya hidup saya dan kata-kata motivasi untuk diri sendiri sebenarnya.
Namun sekarang ini, orang luar yang hendak kenal siapa kita, mereka akan terlebih dahulu selidik status-status facebook kita yang terdahulu. Jikalau wall facebook kita penuh dengan status yang bersifat negative orang akan memandang serong pada kita, tapi jika wall facebook kita bersifat positif maka ramai orang akan menyanjung dan menambah kenalan dengan kita.
Seharusnya, kita perlu menjaga status facebook dan wall facebook kita dari tercemar oleh status-status yang berbaur kebencian, kehinaan dan aura negative. Kadang-kadang kita yang tidak selalu online dan jarang-jarang buka facebook tetapi wall kita penuh dengan status atau post yang di tag nama kita padanya. Akhirnya wall kita sudah tercemar oleh status tagging yang berbaur lucah, politik, game dan macam-macam lagi sehinggakan wall kita boleh dikatakan seperti carca merba. Jadi jagalah facebook anda semua dari status-status negatif dan tagging yang boleh merosakkan wall anda.
Dimana ada manusia, di situ adanya dakwah. Itulah yang perlu disematkan dalam diri kita semua, dalam kita berfacebook hari ini anggaplah ianya bukan trend semata-mata. Tetapi kerana kita melihat di sana ada yang dapat kita manfaatkan untuk perkembangan dan kelangsungan Islam itu sendiri. Ramai yang berfacebook dan ramai juga jiwa-jiwa yang mencari kebenaran di dalamnya. Maka ambillah peluang ini untuk menyelit dan menjadi penyebar kepada kebaikan dan kebenaran tentang Islam.
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D