KELANTAN MATCH FACTORY, KILANG MANCIS CAP LADA YANG TERTUA DI MALAYSIA
gesek
Pernah suatu ketika dahulu, keluarga saya menggunakan Mancis atau dalam dialek kelantan dipanggil sebagai "gesek" dalam setiap aktiviti harian. Kebiasaannya diguna untuk menyalakan api bagi dapur kayu, rokok bagi lelaki yang menghisap rokok daun, menyalakan lilin.
Pertama kali saya dibawa masuk ke kilang mancis Kelantan Match Factory, saya tersenyum sendiri kerana teringat sejak saya kecil lagi saya sudah mengenali jenama ini. Namun tidak pernah pula terlintas bahawa suatu hari nanti saya akan melawat Kilang Mancis ini.
Tahukah anda, Kilang Mancis Cap Lada di Kelantan merupakan kilang mancis paling lama dan tertua di Malaysia. Ia dibuka sejak tahun sebelum merdeka iaitu pada 1933 sehingga kini (84 tahun) dan masih beroperasi. Kilang Mancis Cap Lada yang terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan dan kilang ini mampu menghasilkan sebanyak 800,000 kotak mancis dalam masa sehari.
Untuk pengetahuan, hanya kotak dan mancis sahaja yang dibuat di kilang ini, manakala batang mancis di import dari negara China kerana kos penyelenggaraan jauh meningkat. Kilang ini boleh menghasilkan 800,000 kotak mancis sehari dengan penggunaan mesin lama dan proses penghasilannya yang masih menggunakan kaedah tradisional. Secara tak langsung, bukan sahaja memberikan pulangan dan manfaat kepada masyarakat setempat khususnya dapat menyumbang kepada pendapatan negara.
Semasa lawatan Sahabat Media ke Kelantan Match Factory, hampir 30 orang pekerja yang sedang bertugas di Kilang Mancis tersebut. Tugas mereka tidaklah hanya khusus untuk sesuatu bahagian dalam menjalankan tugas, adakalanya mereka akan ditukarkan bahagian lain mengikut keperluan kilang.
Walaupun mendapat saingan yang sengit daripada pemetik api moden, Mancis Cap Lada tetap bertahan sehingga ke hari ini. Pada masa kini, mancis kayu masih lagi diperlukan walaupun permintaan dan pengeluarannya tidak sebanyak dahulu. Permintaan yang tinggi terhadap pemetik api moden mendorong situasi tersebut.
Bagaimana mancis yg hanya dijual dgn harga 10 sen sekotak mampu bertahan sehingga kini???
ENJOY THE PHOTOS
Ini hebat
BalasPadam1 kotak batang mancis ada berapa batang yaa
BalasPadam50
Padammasih ada lagi x kilang ni? berminat nak hasilkan dokumentari
BalasPadamkilang ini ada lagi, tapi xpasti sama ada masih beroperasi lagi atau tidak
PadamMasih lagi beroperasi
PadamAda contact tak?
BalasPadamBoleh tahu siapa peneraju kilang ni?
BalasPadam