KEPENATAN YANG MENGUBAH HIDUP

April 08, 2016




"Kepenatan dalam hidup "

Ramai yang mengeluh kerananya. Semestinya hidup ini merupakan suatu perkara yang rumit dalam setiap pemikiran insan-insan yang hidup di atas muka bumi ini. Kerana hidup memerlukan banyak perjuangan yang tak akan pernah berhenti dalam seumur hidup kita. Dalam kehidupan ini, banyak ujian dan cabaran yang harus di lalui. Ramai antara kita yang mengalami kepenatan dalam ujian kehidupan, yang kuat akan terus berjuang dan yang lemah akan terus menyerah.

Jikalau kita tahu apa itu ertinya syukur dalam kehidupan ini, sudah cukup untuk menghilangkan segala kepenatan dunia ini. Manakala, orang-orang yang tidak bersyukur, mereka tidak akan pernah mengerti apa itu erti kehidupan yang sebenar. Mereka hanya mampu menghabiskan sisa hidupnya tanpa makna kehidupan.

Kepenatan yang selalu membuatkan kita terjatuh sehingga terucap kata-kata "aku menyerah" di akhir ujian. Kepenatan ini akan membuat perubahan yang begitu besar dalam diri kita. Perubaha yang mengalihkan diri kita ke sisi yang Negatif dan ada juga yang mengarahkan kita ke sisi yang Positif. Kebiasaannya ialah membawa kita ke sisi negatif yang akhirnya memberi kita kesengsaraan dalam kehidupan ini.

Kepenatan dalam hidup ini boleh di atasi dengan nilai kesyukuran dan cara kita berfikir untuk mengatasi masalah tersebut. Setiap orang diciptakan dengan pola pemikiran yang berbeza dan cara sisi hidup yang berbeza. Jikalau kepenatan ini di pacu dengan perkara yang positif pasti akan memberikan impak yang besar kepada diri iaitu ianya akan menjadikan diri kita lebih dewasa dalam nenangani situasi yang sulit yang dipanggil sebagai ujian hidup.

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.