Maafkan Diri Sendiri Dan Orang Lain
Pasti Anda ada kesilapan yang Anda sesali dan kesilapan itu pula membuatkan hidup Anda jadi 'miserable'. Sesetengah daripada kita yang ada penyesalan, pasti susah untuk bersemangat semula, sukar melihat hidup dari aspek positif.
Cara terbaik untuk membuat kita optimis dan positif adalah dengan memaafkan diri sendiri. Berikut adalah 2 cara bagaimana untuk Anda memaafkan diri sendiri:
1. Maafkan dalam hati kesalahan lama yang Anda pernah lakukan dari dulu sampai sekarang. Jika Anda buat salah dengan orang, Anda minta maaf pastu dia maafkan Anda, mesti lega kan? Kita akan rasa tenang dan bersemangat meneruskan hidup. Untuk kita sentiasa bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan, belajarlah untuk menjadi orang pemaaf. Terlebih dahulu, belajar memaafkan diri sendiri atas segala kesilapan-kesilapan lalu, sama ada kesilapan besar atau kecil kemudian tekad untuk ambil tindakan lebih baik di masa akan datang.
Sebelum Anda melelapkan mata, katakan dalam ayat ni: "aku maafkan kesalahan aku dari dulu sampai sekarang, yang kecik atau yang besar. Sekarang pergilah semuanya jauh dari hidupku. Pergi, pergi". Lafazkan dengan nada berbisik, lakukannya dengan sepenuh hati diiringi emosi yang tenang. Esok paginya Anda akan bangun dengan penuh bersemangat.
2. Terima kesalahan, kesilapan dan permasalahan lalu sebagai cara untuk tahu cara yang betul dalam usaha memperbaiki diri. Dalam kita membina hidup yang lebih bahagia, kita akan buat berbagai kesilapan. Dari kesilapan tu, kita akan tahu cara yang betul. Kesilapan yang kita buat sebenarnya baik untuk diri kita sendiri sebab dari situ kita akan tahu cemana kita boleh bentuk diri kita jadi semakin baik. Andai kata Anda buat silap pada seseorang, minta maaf banyak-banyak. Jika Anda buat silap dan anda sakit hati dengan diri sendiri sebab buat silap, maaafkan diri sendiri.
Rasa sakit hati, geram dan tak puas hati tu memang kita akan rasa punya apabila apa yang kita nakkan tak terjadi. Terima hakikat yang Anda sudah buat silap. Ia dah terjadi. Anda kena terima hakikat itu. Sesudah Anda terima, lupakan dan kunci kejap di dalam hati. Elak untuk rasa menyesal atau rasa terpukul dengan kesilapan Anda kerana itu sikap negatif. Kita nak jadi positif sepenuhnya. Seboleh mungkin jangan biarkan sedikitpun unsur sikap negatif ada dalam diri kita.
Jika Anda pernah buat silap di masa lalu dan Anda mahu hilangkan rasa menyesal yang kuat bersarang di dalam diri Anda, gunakan 2 teknik yang Anda dah baca tadi. Rasa menyesal tu akan hilang sedikit demi sedikit sebaik-baiknya bertaubatlah....
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D