Semua Salah CEO..?

April 20, 2016


Bila kita memilih untuk memulakan bisnes sendiri dan menjadi CEO terhadap syarikat kita, kita perlu ambil segala tanggungjawab terhadap apa saja yang berlaku baik yang manis mahupun yang pahit.

Pernah banyak kali dalam sejarah, apa saja kesilapan yang terjadi disebabkan oleh orang lain, CEO perlu mengambil tanggungjawab. Jika staf menipu pelanggan, menceritakan yang buruk tentang syarikat, CEO juga yang perlu mengambil tanggungjawab walaupun CEO biasanya tak tahu apa yang berlaku dibelakangnya kerana setiap keputusan bukan lagi dibuat olehnya.

Perkara ini saya belajar dari CEO syarikat korporat yang pernah berpesan, sebaik sahaja kita memberi kuasa membuat keputusan kepada staf, kita perlu bertanggungjawab atas segala kerugian hasil daripada keputusan itu.

Flight Air Asia delay, orang akan nampak Tony Fernandes yang buat silap. Berita produk Qu Puteh mempunyai bahan kontroversi, orang akan nampak Dato Seri Vida yang membuat kesilapan itu. Jika masalah kotak tudung dari Bella Ammara, orang akan nampak  Belle yang tidak memberi perhatian pada bahagian production. Bila website Fashion Valet crash, orang akan amuk di page Vivy Yusof. Lebih memburukkan keadaan apabila CEO membuat personal branding.

Adakah anda bersedia untuk menerima kecaman, tohmahan, hinaan, makian, walaupun kesalahan tersebut tidak dilakukan oleh anda directly? Walaupun anda dah pun melatih dan meletakkan SOP yang tepat untuk organisasi anda?

Jika hati anda cukup kering, minda anda cukup kental, dan dah bersedia untuk menerima yang buruk-buruk, anda sudah bersedia untuk menjadi seorang usahawan. Jika tidak, lebih baik anda jual barang sendiri-sendiri dan tak perlu hire staf untuk menjalankan bisnes anda. 

Credit @jootawan

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.