Rezeki Bersama Freely Face Serum
Setelah hampir 2 bulan turut seta dalam pogram MVM Apprentice 2016. Akhirnya Freely Face Serum dinobatkan sebagai juara dengan mengalahkan Pore Shrink Serum, Voopy Shape Serum dan Hair Crown Serum.
Team Brace Beaute
Team Brace Beaute yang telah diberikan tangungjawab untuk memperkenalkan Freey Face Serum kepada pasaran Malaysia. Alhamdulillah rezeki bersama kami. Setelah dinobatkan sebagai Team Terbaik, Jualan Terbanyak, dan aku pula terpilih sebagai peserta terbaik keseluruhan. Siyesly aku memang tak layak untuk hadiah tersebut sebab tanpa team yg ada bersama dalam Brace Beaute, mana mungkin aku akan dapat semua ini.
Freely Face Serum
Ikuti perjalanan aku bersama team Brace Beaute dalam meneruskan perjuangan memasarkan Freely Face Serum.
500 unit produk FFS perlu dihabiskan dalam masa 2 bulan. siyesly sale yg mampu dbuat hanya dalam 2 minggu, sebab ramai yg busy dengan persiapan raya dan bercuti di kampung.
Ini Puan Shida, merupakan salah seorang big bos dalam MOHA GROUP yang menjadi penaja utama dalam pogram MVM Apprentice 2016.
Untuk minggu pertama dalam pogram ini, kami semua diajar tetang teknik Zero Cost Marketing. Semua peserta yang join pogram ini akan diajar untuk menjadi pengasas produk kecantikan. Semua ilmu tentang asas asas perniagaan dan pengurusan syarikat turut di ajar dan ianya memang sesuatu yg sangat bernilai dan tak akan dilupakan dalam hidup aku.
Sememangnya offline punya cara adalah terbaik bohhhh... Excited gile sebab kami semua dapat buka booth dalam Mood Republic 2016 di PWTC. NON STOP 3 hari 2 malam bak hang.. memang memenatkan, mencabar tenaga dan minda sebab sianghari berpuasa dan malam hari nak teraweh lagi. Manusia memang tak putus-putus walaupun dah pkul 4 @ 5 pagi still ada orang yang datang.
Mengantuk, penat, kering tekak, demam dan macam2 lagi yang kami rasa. So, enjoy pic di bawah ni, Inilah wajah2 pengguna Freely Face Serum.
sempat lagi snap dengan Nealofa.. terkejut dia bila kami wefie..
Setelah bercuti hampir 2 minggu, dan menunggu tarikh2 akhir iaitu 18 hb 7 iaitu hari Graduasi MVM Apprentice 2016. Di sini debaran terasa dan kian terasa menunggu saat2 akhir. Alhamdulillah. Rezeki bersama team Freely Face Serum.
Disini aku ingin mengucapkan sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program MVM Apprentice iaitu pihah Muslim Volunteer Malaysia dan Moha Group selaku penaja utama. Aku harap pogram seperti ini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun hadapan.
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D