3 PERKARA YANG ABAM BELAJAR DARI NOKIA

September 09, 2016
Assalamualaikum.. apa khabar semua..?



Pernah satu ketika, abam baca satu kisah tentang NOKIA. Terasa sedikit syahdu, nak menangis pun ada. Ececece, kata abam sado, tak kan menangis kot? Mesti la sedih, abam pun manusia jugak. Kisah Nokia ditelan zaman. Pasti korang semua sudah tahu cerita pasal Nokia ini kan? Kalau jenis adik-adik kompem tak tahu la, darjah 6 dah pakai I phone . Gilo palo abam tengok. Baik, di pendekkan cerita, Nokia ini merupakan satu gergasi dalam dunia telefon bimbit pasa suatu masa dahulu. Sehinggakan ramai orang mengatakan ia berpotensi untuk menopoli market dunia ketika itu. Sampaikan akak-akak zaman abam budak-budak dulu sanggup gantung telefon Nokia 3310 tu kat leher dengan bangganya. Nokia memang power la ketika itu, mana tidaknya, 41 juta telefon bimbit dijual pada tahun 1998. Jadi tidak terkejut la, kalau telefon pertama abam pakai ialah Nokia.

Namun,

"Mana perginya Nokia sekarang?"

"Kenapa kita tidak dengar langsung tentang Nokia?"

Apa yang terjadi kepada Nokia bukan lah sesuatu yang rahsia. Ini kerana mereka ditelan zaman dan dibaham pesaing. Dan didalam dunia produk kosmetik, dimana pesaingan agak sengit sekarang, abam perlu elakkan perkara ini supaya abam pun tidak ditelan zaman.

Jadi abam nak simpulkan 3 sebab, kenapa Nokia jadi bergini.

1. Terlalu selesa ditampuk yang sama

Ingat, di dalam industri kosmetik ini, jika korang semua keluarkan satu produk dan produk itu BOOOMM dengan jayanya, jangan terlalu gembira sehingga berjoli sakan sampai lupa daratan. Terus korang hasilakan produk kedua tanpa mengambil kira faktor trend dan keperluan. Ini kerana, jika korang main hasilkan produk dan produk itu tidak laku, makan korang akan membuatkan perniaagan korang sakit dengan stok yang melimpah di stor. Sebab tidak mampu dijual.

2. Boiling Frog Story

Sebenarnya, ayat ini lebih kurang sama je dengan "terlalu selesa di tampuk lama" cuma kisah katak di dalam periuk berisi air panas dan dididihkan air tesebut sehingga katak mati kepanasan di dalam itu. Itulah katak, tidak berani untuk keluar dari zon selesa untuk mencuba sesuatu yg baru. Korang jangan terlalu fokuskan 1 produk sahaja, tapi cuba utk hasilkan produk seterusnya dan pastikan produk yang dihasilkan melengkapi dengan produk pertama tadi.

3. Murah bukan pilihan

Di zaman Nokia sedang mengalami masa kejatuhan, mereka di lihat hanya fokuskan untuk hasilkan telefon yang murah tanpa memperbaharui kemampuan telefon itu. Peluang ini telah di ambil oleh Samsung untuk hasilkan Android dan seterusnya I phone yang sedang gah di pasaran dunia sekarang ini. Benda yang sama, cuma di pertingkatkan keupayaannya. Jangan di sebabkan ingin mudah mendapatkan pelanggan, produk yang korang keluarkan adalah murah dan kualiti kurang memuaskan. Ini menyebabkan pelanggan yg datang adalah jenis yang "Touch N Go " sahaja.


Kalau korang tak nak jadi macam Nokia ini, korang cuba la belajar untuk terima perbaharuan dalam setiap industri yang korang lakukan. Kalau korang jenis yang baru nak belajar bisnes dan masih mencari site income untuk buat bisnes. JOM.. cuba BRACE BEAUTE AFFILIATE DROPSHIP PROGRAM. 

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.