JENIS -JENIS KAKI DAN SISI AYAM BAIK TERBAIK

Januari 26, 2017

Ilmu bagaimana mengenali ayam sabung yang baik melalui sisik yang terdapat pada kaki ayam sabung semakin dilupakan. Kata orang tua-tua dahulu… “tuah ayam letak di kaki, tuah tuan ayam pada pandainya”.

Ilmu mengenai penilaian sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam sabung ini di pelajari daripada orang-orang tua dan diturunkan dari generasi ke generasi.ini juga disebut sebagai petua mengenal sebelum ilmu nya tiba, Penggemar ayam membuat pengamatan terhadap sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam ayam jaguh dan pengetahuan ini diturunkan dari generasi ke generasi. Kebiasaan ilmu ini diturunkan melalui percakapan lisan.

Penggemar ayam meneliti kebanyakan ayam-ayam yang hebat atau jaguh mempunyai sisik sisik yang unik dan tersendiri. Sisik sisik ayam ini memberikan gambaran cara permainan ayam tersebut. Melalui pemerhatian kebanyakan penilaian sisik adalah agak tepat kerana pemerhatian terhadap sisik ayam ini dibuat secara turun temurun dan mempunyai maksud maksud tertentu mengikut jenis sisik.

Walau bagaimana baka amat memainkan peranan yang sangat penting kerana ia mempengaruhi genetik ayam sabung. Secara fizikal selain bentuk badan, paruh, bulu dan lain lain kriteria yang terdapat pada ayam sabung, sisik kaki ayam merupakan antara sifat fizikal yang paling utama yang digunakan untuk mengenali ayam sabung yang bagus. Kedua dua penilaian secara genetik dan fizikal membantu memilih ayam laga yang bagus. Walaubagaimanapun juga kes kes terpencil membuktikan bacaan sisik bukanlah seratus peratus tepat.

Penggemar ayam perlu melihat sendiri permainan ayam tersebut tetapi bacaan sisik ayam kadangkala memberikan penilaian awal terhadap tahap kehebatan ayam itu. Semua sisik kaki utama dan jari kaki dinilai dan ditafsirkan mengikut tafsiran tafsiran tertentu. Kebanyakan tafsiran untuk sisik ayam ini lebih kurang sama disemua Negara Malaysia, Indonesia dan Thailand Cuma nama- nama jenis sisik agak berlainan mengikut bahasa di negara tersebut.

Pada umumnya ayam yang bagus mempunyai sisik yang kering. Bagus kalau sisiknya menonjol seakan kulit buaya cari juga sisik sisik aneh yang tidak dijumpai secara umum. Sisik sisik aneh atau tuah ini kadang kala tidak selamanya memberikan kemenangan kepada ayam itu. Ini kerana lawanya mungkin juga mempunyai sisik tuah yang lain. Terdapat bermacam sisik, sisik pecah, sisik bawat atau cincin dan lain-lain yang memberikan definasi terhadap permainan ayam sabung tersebut.diatas ini cuma serba sedikit mengenai sisik ayam laga yang dicari- oleh setiap peminat ayam sabung.








HODOH!!! TERAMAT YANG SANGAT, HODOH DAN BURUK PADA PANDANGAN,,,, NAMUN.. 

Inilah antara sisik-sisik ayam thai yang sangat digeruni dalam dunia ayam sabung,sisik-sisik ini lah yang biasa menunbangkan pihak lawan dengan pukulan KO……

Ayam-ayam yang mempunyai sisik seperti ini sangat susah ditemui dan di thai sendiri harga pasaran sangat tinggi,,ape boleh buat,,hendak seribu daya.

Ciri2 kaki ayam thai yang bagus mempunyai paha yg bulat,ukuran batang kaki yang sedang dengan jari kecil dan panjang dan mempunyai sisik yang kering dan berbagai jenis aturan kedudukan sisiknya,(kelebihan seseekor ayam laga yang terbaik).ayam yang seperti ini memiliki gerakan yang pantas lincah dan pukulan nya sangat padu dan kuat, dan pergelangan kaki paling bawah, seeloknya yang lebih besar dari yang tengah dan atas, ayam jenis ini mempunyai pukulan yang sangat padu dan kuat,, kata orang tua-tua kita dahulu.

tag : kaki ayam baik, sisik kaki ayam baik, ayam baik siam, ayam baik kelantan, ayam ratu, ayam laga, ayam sabung, lhk, 

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.