Strok Haba atau Heat Stroke
Strok Haba atau Heat Stroke pada ayam/unggas tidak asing lagi di Negara kita terutama kepada baka-baka ayam yang berbulu tebal seperti ayam giant cochin, brahma dan tidak ketinggalan ayam pedaging. Bagi ayam hiasan seperti giant cochin dan brahma khususnya, memang menjadi antara masalah besar kerana baka-baka ini diimport dari Negara seperti Eropah yang mempunyai suhu agak rendah berbanding Malaysia.
Pengalaman membeli ayam dewasa yang diimport dari Negara Eropah sejak 2014 menjadikan saya sangat berhati-hati dalam menjalankan kuarantin di reban saya sebaik sahaja ketibaan mereka. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan dibimbangkan. Perkara-perkara seperti jenis makanan, kesesuaian saiz sangkar, level stress yang telah/sedang mereka lalui, kesesuaian suhu reban, ketahanan tubuh pada virus, bakteria dan hama di reban baru sehinggalah kebimbangan kepada kesesuaian jumlah klorin dalam air minuman (yang mana tidak beri kesan besarpun, tp tetap risau bila ayam start monyok huhu). Setiap kali terima ayam import baru, perkara pertama yang saya lakukan adalah periksa keadaan fizikal ayam dimulai dengan berat ayam. Ya kita faham bila ayam diimport maka mereka akan melalui 1-2 minggu kuarantin di Negara asala sebelum bertolak ke Malaysia. Dan bila sampai di Malaysia, bakal dikuarantin sekali lagi selama 1-2 minggu bergantung kepada undang-undang semasa. Dalam reban kuarantin di KLIA atau Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Penang ni, pengimport tidaklah boleh hari-hari datang jaga, jadi terpaksa upah orang pusat tu jaga, dia pulak bukan pakar jadi tuan-tuan pun boleh agak lah kebajikan ayam secara individu jadi macamana. Tak dapat salahkan mereka sebab baka-baka ni memang bukan mudah nak jaga. Memang masa tamat kuarantin, ayam akan kurus. Tapi tak kisahlah asalkan sihat. Kalau tak sihat tu nasiblah, tawakal je bawa balik dan rawat ikut skill masing-masing. Andai kata padam jugak pun pasrah je lah ye huhu. Ayam ni bila kurus sebab kurang makan tiada masalah, tapi kalau kurus sebab sakit, memamg kita jem dik oii.. jem jem jemmmm huhu.
Perkara kedua saya akan check selepas terima ayam adalah check kut-kut ada penyakit. Rapatkan badan ayam ke telinga untuk dengar nafas ayam, risau ada bunyi disebabkan penyakit pernafasan. Paling koman pun check for Infectious Coryza (dalam bahasa Melayu : selsema ayam), bukan selsema burung tu.. kalau ada yg tu sedari kuarantin dulu tak lepas dah huahuahua. Rawatlah guna tilmicosin ke, oxytetracycline ke, florfenicol kea tau apa-apa antibiotic yang disyorkan untuk rawat coryza. Kalau ada penyakit lain pun sila alert ya tuan-tuan, jangan check coryza je. Mungkin ada berak kapur ke, berak darah ke atau berak hijau.
Seterusnya saya akan check bulu-bulunya, jangan ada kutu atau hama pulak. Dah.. merebak pulak kutu dan hama omputih kat Malaysia ni haa. So saya biasanya akan mandikan terus guna sampoo Dettol ke syampoo kutu kucing tu ke.. asalkan mapuh set-set kutu hama tu.. huahuahua. Time nak mandikan tu kena lah cari masa yang sesuai, janganlah awal pagi atau petang nak malam tu, sejuk kot. Naya dia.. saya biasanya mandikan pada jam 11 pagi atau paling lewat 3 petang, sempat la bulu tu kering sebelum malam menjelma. In sha Allah selamat beliau.
Lepas semua tu, saya mulalah fikir macamana nak anginkan reban jika suhu agak tinggi. Macamana nak tau suhu tinggi? Tengok je lah keadaan ayam tu, kalau mulut asyik nganga je, kepak asyik angkat renggang je dengan badan, sah lah panas tu.. takkan tunggu dia royak wi ko kito.. hehe. Jadi saya biasanya akan bawak sangkar tu ke kawasan yang kurang panas contohnya bawah bumbung tinggi ke, kawasan berangin ke, kawasan tak kena sinaran matahari secara terus ke atau saya letak je reban tu bawah pokok yang redup (awas en sawa). Kalau ada duit lebih, buat la reban sistem tertutup tu, macam reban ayam daging tu.. fuhh, hanya jika pok cik kayoooo. Haha. Jadi bila ayam dah nampak kembali normal, paruh dan kepak kurang atau tidak langsung macam sebelumnya. Alhamdulillah kemungkinan besar untuk tuan dapat pewaris baka import ni adalah tinggi. Tapi jika Nampak tidak berubah jugak, tuan kena selalulah basahkan bawah ketiak ayam tu dengan air sehingga lencun, elakkan letak depan kipas secara terus kerana ayam akan sejuk melampau. Dan elakkan juga guna mist fan kerana akan bagi kesan kat paru-paru ayam, tak pasal-pasal ayam kena paru-paru berair lak nanti. Dahlah kecik je tubuhnya.
Foto ini menunjukkan tanda -tanda ayam sedang kepanasan :
paruh dan kepak dibukak luas bertujuan membebaskan haba lampau.
Ok sekarang kita anggaplah ayam import ni dah selesa dan bebas kutu hama bagai. So kita nak pilih makanan pulak untuk dia. Apa yang saya buat adalah, sy akan cuba bagi makanan biasa yang saya guna untuk ayam-ayam direban saya tu, tp sikit je.. supaya dia kekal lapar sentiasa.. maknanya biar dia makan habis dan minta lagi.. makan lagi.. habis dan minta lagi.. cara ni lebih selamat berbanding kit abagi penug tembolok, lepas tu dia stop dan layan tembolok kembang sbb dedak dan kena air. Dia start mengah dan mulalah ngantuk nak tidurrrr je. AWAS !! Ayam kerap mengantuk di siang hari tu gejala badan tengah lemah dan bila-bila masa virus dan bakteria boleh tembus benteng imun tubuh. Hati-hati ya anak-anak. Lepas 2-3 hari dia dah mula serasi dengan dedak dan bekas air minuman kita tu maka tiada masalah lah untuk kita terus penuhkan bekas makanan dengan dedak.
Untuk kita lihat perkembangan positif atau negatifnya tahap kesihatan ayam-ayam ni adalah paling jelas dengan kelakuan mereka. Bagi ayam jantan kalau bunyi kokoknya ada, kuat dan kerap, sahlah dia sihat atau makin sihat. Dan bagi ayam betina, sekiranya asyik bunyi dan mematuk makanan dan sebaginya, maka terbukti dia sihat in sha Allah. Tapi… kalau jalanpun selangkah.. selangkah.. maka sila pikirkanlah rawatannya.
Biasanya ayam yang diimport dari Eropah memang dah matang (tp ada juga kes terpencil import ayam muda). So takkan lama akan bertelur lah mereka. Tp kalau bela 6 bulan tak bertelur juga, kena fikir-fikirlah untuk cari apa punca. Tu belum dikira betina dan bertelur cantik, tapi bila eram takde benih la pulak. Kebetulan konon import baka baru, kat Malaysia kita sorang je lah yang ada… haa padan muka. Nak cari mana lak jantan ganti. Jemmmmm lalu bisikan setan pun datang, “Kacuk ayam laga je lah” hohoho
Soooo… berbalik semula kepada perbincangan kita berkaitan strok haba tadi (melalut jauh tuuu). Seperti yang saya terangkandi atas tadi, cubalah sedaya mungkin kerapkan periksa keadaan ayam, sebab strok haba ni tak bagi tanda lama-lama, kejap je boleh padam. Pernah terjadi kepada ayam giant cochin import saya, pagi jam 11 tgk ok lg.. makan-makan macam biasa, tiada satu tanda apapun yang menyatakan dia sakit. Check pulak jam 1 tengahari dan terbaring, badan lembut lagi time dapat tahu. Mati bodoh-bodoh gitu je.. omputih kata stupid-stupid death gitu.. hadoilaaa. Hiba wooo. Duit melayang.
Bagaimana nak elak strok haba selain cara yang dah ditulis di atas tu? Ya.. ada satu lagi cara iaitu : jangan beli ayam tu. Huahahha.. gurau je weihhh jgn marah nooo.. saya biasanya akan gunakan Nopstress yang mana kandunganya adalah gabungan vitamin yang bertindak sebagi anti stress dengan tambahan electrolyte yang bertindak menggantikan bekalan cecair yang hilang dalam tubuh ayam. Fungsinya macam kita minum 100Plus tu. Alhamdulillah cara ni agak berkesan, maka saya memang sentiasa ada stok Nopstress ni kat reban.
Jadi jika tiada masalah ketara, maka ayam-ayam tuan ni akan bertelur danmembiak dengan baik di Malaysia. In sha Allah akan ada para pelapis yang menghuni Malaysia dengan baik. Aamiinn. Sekian dulu coretan untuk kali ni, semoga bersua lagi. Selamat Berjaya.
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D