TORTICOLLIS PADA AYAM

April 25, 2018





Apakah torticollis?

Torticollis adalah keadaan di mana leher unggas terpusing ke belakang tanpa boleh dikawal olehnya. Ramai penternak akan jadi takut kerana simptom ini adalah seakan sama dengan simptom sampar/newcatle disease. Ada yang salah anggap dan segera bertindak menghapuskan ayam ini. Bezanya yang jelas adalah, ayam yang mengidap torticollis akan hidup lebih lama berbanding ayam yang dijangkiti sampar (yang biasanya mati keesokkan harinya). Torticollis juga dikenali dengan nama lain iaitu wry neck, crook neck, twisted neck dan stargazing. 

Apakah puncanya?

Kajian ilmiah telah dibuat dan keputusan telah diperolehi dengan jayanya bahawa punca sebenar berlakunya toticollis adalah hasil daripada kekurangan vitamin E dan mineral Selenium. Ianya tidak berjangkit tetapi akan ada ayam lain yang hadapi kes sama kerana sumber makanan yang juga sama iaitu kurang vitamin dan mineral tersebut. Ini kelihatan seolah-olah iainya berjangkit.

Apakah kaedah rawatannya?

Semudah puncanya juga, kaedah rawatan adalah dengan memberikan vitamin E dan Selenium dengan dos 3 kali per hari. Akan pulih paling cepat dalam tempoh 24 jam hingga seminggu In shaa Allah.

Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.